PAS Perlu Siap Sedia Tinggalkan Kerajaan Selangor

BANGI 12 Julai - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, menyatakan sokongan dengan keputusan PAS yang menamatkan hubungan tahaluf siyasi mereka dengan DAP.

Memetik laporan Ismaweb, Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya, berkata keputusan PAS ini sudah lama dinanti-nantikan.

“PAS membuat keputusan yang tepat. Isma sudah lama melihat tahaluf antara PAS dan DAP akan mendatangkan mudarat kepada Islam dan PAS sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan PAS yang memutuskan bahawa hubungan tahaluf siyasi dengan DAP telah terbatal, manakala hubungan dengan PKR kekal.

Ini berikutan Majlis Syura Ulama PAS kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama pakatan rakyat, serta campur tangan dalam akidah, dasar dan matlamat PAS.

Bagaimanapun, Haji Aminuddin brkata, PAS perlu menjelaskan pendirian mereka berhubung penglibatan dalam Kerajaan Selangor.

“PAS harus jelaskan kenapa mereka masih duduk bersama dengan DAP dalam kerajaan negeri sedangkan mereka sudah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Penjelasan ini perlu kerana kita tidak mahu rakyat terus keliru,” katanya.

Namun, kata Haji Aminuddin adalah lebih baik sekiranya PAS bersedia untuk meninggalkan Kerajaan Selangor jika DAP masih wujud dalam kelompok itu.

“Jika PAS boleh berbuat demikian, barulah nampak kejantanan PAS,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana