Pas is Past - Lim Kit Siang

Pengasas dan pemimpin seumur hidup DAP, Lim Kit Siang bersetuju PAS disingkirkan dalam pakatan pembangkang baharu yang bakal ditubuhkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Persetujuan penyingkiran PAS itu diisyaratkan beliau melalui penyalinan semula satu artikel bertajuk “PAS is past. Masa untuk PR2.0” yang disiarkan di laman peribadinya....blog.limkitsiang.com/

“Lupakan saja PAS dengan mimpinya. Biarkan mereka berangan masih bersama dalam PR. Kalau mereka mahu PR, berikan sahaja kepada mereka. Biarkan lebai-lebai ini syok sendiri dengan fatwa dan politik label-melabel mereka, “kata penulis yang disiarkan blog Kit Siang itu.

Turut dikecam penulis yang menggunakan nama ‘Riesya H’ adalah keputusan Muktamar ke-61 yang menyaksikan kumpulan progresif PAS tewas secara berpasukan.

“Muktamar PAS ke 61 menyaksikan bagaimana pemilihan badan kepimpinan tertinggi pembuat dasar dan halatuju parti dipilih bukan berdasarkan amanah dan keupayaan. Tetapi lebih kerana senarai dan ‘cai’.

“Terjadi satu penyingkiran etnik yang kronik dalam PAS. Golongan professional dan progresif disisihkan sedemikian rupa golongan konservatif.

“Kini, PAS berdepan dengan risiko terbelah dua. Golongan progresif dilihat bakal membawa risiko keluar beramai-ramai dari parti dan membawa halatuju baru diluar PAS. PAS yang ada kini dilihat berpatah balik 20 tahun.

“PAS yang ada, dengan persepsi 30 tahun ditinggalkan masa, tidak akan kemana. Tentunya 1.8juta anak muda tidak terliur dan teruja dengan parti imej kampong zaman 80an sebegini.

“Anak muda akan lebih selesa mengikuti ke mana arus golongan progresif. Mereka ini lebih diyakini dan dipercaya sebahagian besar anak muda.

“PAS kini berisiko akan jadi sebuah parti kampong. Tarikan Cuma mereka mungkin terhad di Pasir Mas, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa atau Marang. Itu sahaja. Malah kerusi seperti Kuala Nerus, Bukit Gantang, Temerloh, Bachok, atau Pasir Putih pun belum tentu milik PAS pada PRU14 akan datang. Itupun terpulang bagaiamana Umno dengan cara politik cah keting nya, seperti lazimnya di Kelantan,”kritik penulis itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana