PAS Bertindak Bijak Tinggalkan PKR

KUALA LUMPUR 27 Julai – Pendirian Pas untuk meninggalkan PKR jika sekutunya menyertai pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Gerakan Harapan Baharu (GHB) disifatkan sebagai satu langkah yang tepat dan bijak.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Muslim Osman berkata, keputusan tersebut adalah tindakan yang wajar dan seharusnya diambil sejak awal lagi.

“Saya menyokong sepenuhnya tindakan ini kerana yakin Pas boleh berdiri sendiri kerana telah lama berada dalam arena politik serta melalui pelbagai rintangan dan dugaan.

“Kalah atau menang adalah persoalan kedua dan tindakan keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya mereka bergabung adalah sangat tepat berikutan Pas tidak lari daripada perjuangan asal iaitu memperjuangkan Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Mur­syidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mengatakan parti itu bersedia meninggalkan PKR jika sekutunya itu menyertai pakatan pembangkang DAP dan GHB.

Malah, Haron berkata, pendirian PKR se­perti yang diumumkan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan Pas dan pihaknya tidak membantah jika perkara itu menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad turut menyokong tindakan Pas meninggalkan PKR dan masing-masing meneroka jalan sendiri jika parti itu menyertai pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan GHB.

“Jika benar Pas hendak memutuskan hubungan maka bertindaklah demikian serta perlu menanggung risiko bersendirian seperti jika sudah bercerai, maka mereka perlu menanggung risiko penceraian itu.

“Malah, jika mereka terus bersama pakatan pembangkang juga tidak memberi apa-apa makna kerana perjuangan bersama telah tiada,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana