PAS akan pecat ahli sertai parti lain, kata Hadi

KELANTAN: PAS menasihati mana-mana ahli mereka untuk kekal di dalam parti Islam itu, termasuk kumpulan pemimpin progresif yang menggelarkan diri mereka G18, atau dipecat keahlian mereka, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berucap pada majlis berbuka puasa di Kelantan Isnin lalu, Hadi berkata, PAS tidak menghalang mana-mana pihak yang berhasrat menubuhkan parti baru.

“Tetapi kita kena ingat sejarah politik dan penubuhan parti di negara ini bagaimana nasib parti berkenaan setelah ia diasas kerana kecewa,” katanya, dalam program di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Memetik kenyataan yang dikeluarkan di pas.org.my itu, Hadi berkata, untuk menubuhkan sebuah parti Islam baru, asas Islam yang kukuh diperlukan, bukan kerana perasaan kecewa dan tidak puas hati.

“Sebagai sebuah parti Islam yang baru perlu ada asas Islam, bukan kerana tidak puas hati terhadap parti yang didukungi. Kita keluar dan buka lagi parti baru dan begitulah seterusnya,” katanya.

Beliau turut menyalahkan media sosial yang menjadi medan memperbesar-besarkan isu.

“Media sosial seperti Facebook memberi ruang perkara yang kecil menjadi besar sehingga menampakkan PAS sedang bergolak," katanya.

Muktamar PAS di Kuala Selangor baru-baru ini menyaksikan parti Islam itu bukan sahaja memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi pemimpin dari kalangan kumpulan progresif turut tewas kepada kumpulan konservatif pada pemilihan ketika itu.

Mereka yang tewas dalam pemilihan itu termasuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, naib presiden Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, dan beberapa lagi individu lain.

Susulan itu, kumpulan berkenaan membentuk G18, yang kemudiannya ditukar nama kepada Gerakan Harapan Baru, dan difahamkan selepas sambutan Hari Raya bulan ini, mereka akan membentuk sebuah parti politik baru untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) baru.

Selepas PAS mengambil pendirian memutuskan hubungan dengan DAP, parti komponen PR itu kemudiannya mengambil pendirian PR tidak lagi wujud, dan kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil langkah menggesa wakil PAS dalam kerajaan mereka meletakkan jawatan.

Ekoran tidak puas hati dengan keputusan PAS, beberapa ahli mereka, seperti aktivis Pemuda PAS, Syed Omar Ali dan peguam muda, Zulhazmi Sharif membuat keputusan menyertai DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana