Parti baharu ganti Pas 
tidak dapat sokongan?


SHAH ALAM 21 Julai – Parti baharu yang bakal ditubuhkan bagi menggantikan Pas untuk membentuk pakatan pembangkang yang baharu dipercayai tidak mendapat sokongan rakyat sehingga terpaksa ditangguhkan penubuhannya beberapa kali.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau sendiri tidak terkejut sekiranya penubuhan parti itu terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila sokongan rakyat dilihat tidak memberangsangkan.

“Penangguhan penubuhan parti baharu oleh kumpulan pemimpin Pas yang kalah dalam muktamar lepas dipercayai kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat kepada mereka.
“Pada asalnya parti tersebut dijangka ditubuhkan pada pertengahan Ogos, tetapi kemudian ditangguh kepada awal September dan terkini pada pertengahan September ini.

“Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan kesemua pemimpin Pas yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Parti tersebut yang tertubuh hasil inisiatif GHB yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan menggantikan Pas bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain melalui apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baru.
Iskandar memberitahu, jika mereka bertegas mahu menubuhkan parti baharu, maka tindakan tersebut perlu dilakukan segera.

Menurutnya, hal demikian kerana kredibiliti mereka sedang dipertikaikan apabila hala tuju parti baharu berkenaan kelihatan kabur.“Perkara-perkara yang hendak diperjuangkan oleh mereka seperti mendekati masyarakat bukan Islam telah lama ada dalam Pas,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana