Pandai Pandai....lah DAP ni....PAS mungkin hilang Kelantan PRU akan datang, kata DAP

UALA LUMPUR: Selepas PAS mengatakan bakal bertanding di kerusi DAP dalam pilihan raya akan datang, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan, sama ada parti Islam itu masih mampu untuk mempertahankan Kelantan ataupun akan kehilangan negeri yang ditadbir mereka sejak sekian lama itu.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, meskipun sentimen politik di peringkat nasional tidak memihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) susulan beberapa isu, faktor unik tempatan cukup untuk menewaskan PAS.

"Walaupun sentimen politik peringkat nasional tidak memihak kepada Umno dan BN disebabkan faktor seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ekonomi yang makin teruk, faktor unik tempatan memadai untuk PAS hilang Kelantan, walaupun pembangkang peringkat nasional memperolehi lebih banyak undi dan negeri lain," kata Lim dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Lim turut berkata, perkara itu juga bukan kebetulan sambil mengemukakan contoh, Umno dan BN memenangi 3.8% undi di Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan menguasai negeri itu, namun hilang 3.7% undi di Terengganu, yang menyaksikan mereka hampir hilang negeri itu.

"Di Kedah, Umno dan BN memenangi akar umbi kerana kepimpinan lemah bekas menteri besar PAS, Tan Sri Azizan Razak.

"Seperti di Terengganu, BN dan Umno hilang sokongan kerana kelemahan bekas menteri besar Umno, Datuk Seri Ahmad Said," katanya.

Ahli Pasir Gudang itu berkata, kejatuhan sokongan terhadap PAS dalam pilihan raya akan datang disebabkan dua faktor; kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; dan kegagalan kerajaan Kelantan menguruskan pembangunan semula pasca banjir di negeri itu.

PAS memenangi 54.5% undi popular bagi peringkat negeri dalam Pilihan Raya 2013 dengan 33 kerusi daripda 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PAS memenangi sekurang-kurangnya 53% undi popular di peringkat Parlimen dalam pilihan raya sama dengan memenangi 9 daripada 14 kerusi.

Lim berkata, PAS akan kehilangan 3 kerusi Parlimen sekiranya senario politik menunjukkan mereka kehilangan sokongan antara 3% hingga 5% dalam pilihan raya akan datang.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, PAS juga berhak meletakkan calon mereka untuk bertanding di kerusi DAP, namun adalah lebih baik parti Islam itu mengutamakan kerusi yang sedia ada dimenangi mereka.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali yang berkata PAS akan meletakkan calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi diwakili calon DAP.

"Biar nyatakan dengan jelas, hak demokrasi untuk meletakkan calon di mana-mana kerusi dalam negara, dan itu termasuklah PAS.

"Mustafa juga dialu-alukan untuk meletak calon di Petaling Jaya Utara untuk memberikan pilihan kepada pengundi.

"Namun, PAS perlu khuatir untuk terus bertahan dengan kerusi mereka sekarang yang dimenangi dalam pilihan raya lepas," kata Pua.

Susulan penamatan hubungan antara kedua-dua parti, Pua berkata, DAP Selangor juga sudah memutuskan untuk tidak akan membantu atau menyokong calon PAS dalam pilihan raya.

"Sebaliknya, saya akan arahkan pemimpin DAP di peringkat cawangan dan negeri untuk memulakan kempen aktif di kawasan-kawasan yang dimenangi PAS supaya kami akan dapat bertanding dalam pilihan raya nanti," katanya.

Pua berkata, senarai kerusi yang akan ditandingi DAP Selangor juga katanya bergantung kepada rundingan dengan Pakatan Rakyat baharu yang mana tidak termasuk PAS.

"Objektifnya, pakatan baru itu akan meneruskan rekod kami menentang BN di Selangor dan memenangi Putrajaya."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana