Pakatan hancur: Exco PAS Selangor tunggu apa lagi...?

Apa lagi yang hendak ditunggu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor selepas Majlis Syura Ulama parti tersebut membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.
Jika ikut logik kerajaan Selangor adalah dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR.

Kini dengan keputusan Majlis Syura itu samada PAS mendesak Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali memecat semua Exco DAP, atau Exco PAS sendiri meletak jawatan.

Bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar exco PAS perlu meletak jawatan dan dalam masa yang sama jika PAS gagal berbuat demikian, DAP perlu keluar daripada kerajaan Selangor sekiranya parti itu komited untuk tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan PAS.

"Kita tidak mahu ini semua hanya sandiwara politik. Jika masih ada exco atau ADUN PAS menyokong mereka (DAP) sedangkan jika (sudah ada) kata putus, ADUN PAS (di Selangor) patut letak jawatan," katanya.

Pada Sabtu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS di negeri itu akan meneruskan kerjasama dan hubungan dengan DAP di Selangor sehingga menerima arahan rasmi daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP.

Iskandar berkata hubungan dan kerjasama itu diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana