Padah Gelar 'Nenek Rasis' Joseph Lim Guan Eng Kena Bayar RM500,000!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, hari ini diarah membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Jahara Hamid kerana menggelar beliau sebagai ‘nenek rasis'. Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hasan, ketika membacakan keputusan juga mengarahkan Ketua Menteri itu membayar kos guaman sebanyak RM40,000 beserta faedah sebanyak lima peratus. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu turut diarah untuk menarik balik kenyataan terhadap Jahara, selain Mahkamah mengeluarkan injuksi menahan beliau daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Datuk Jahara sebelum ini memfailkan saman terhadap beliau, selepas menggelarnya sebagai 'nenek rasis' dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Disember 2013 lalu. Guan Eng menggunakan gelaran 'nenek rasis' itu apabila Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. Nampak gayanya Guan Eng terpaksa menubuhkan tabung meminta Rakyat membayar saman beliau seperti mana yang dilakukan oleh Teresa Kok sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana