Orang Melayu Perlu Sedar lah....

 Apabila saya melihat poster2 yang mengajak rakyat berhimpun untuk menjatuhkan PM dan kerajaan, saya ingin berkongsi dengan sahabat2 MT pandangan saya yang saya hantar kepada sebuah Blog NGO empat bulan lalu. Pandangan ini dalam TIGA BAHAGIAN. Jika tidak relevant, boleh di padam. Maaf panjang sedikit.

BAHAGIAN 1

Kita boleh ‘salute’ DAP yang mahu pimpinan Negara yang kini di kuasai oleh ORANG MELAYU (UMNO menguasai BN) di TUKAR kepada campuran DAP/PKR/PAS di mana DAP YANG BERKUASA. DAP tahu parti mereka lebih ‘advance’ dari segi Ilmu, Kepakaran, Kepimpinan dan Networking dalam campuran Pembangkang.


Semasa campuran Pembangkang memerintah Perak selepas PRU-12 (tahun 2008), rakyat Melayu dapat merasa bahang kuasa DAP. Walaupun MB daripada PAS di bantu 4 EXCO Melayu dari PKR serta PAS, dan memerintah hanya 11 bulan:-

1. Hakmilik Tanah Perumahan kepada orang2 cina di beri pajakan 999 tahun bertentangan peraturan semasa tempoh pajakan 99 tahun.

2. Beribu2 ekar Tanah Pertanian di beri kepada Sekolah2 Cina untuk membuka Ladang Kelapa Sawit bagi Tabung Sekolah2 Cina.

3. Tumpuan di beri bagi memajukan Bandar Ipoh yang 85% penduduknya terdiri dari orang2 Cina serta pembangunan Kampung2 Baru Cina. 4. Pejabat2 Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat2 Tanah, Dewan Bandaraya Ipoh, Majlis2 Tempatan di serbu oleh orang2 Cina.

5. Pegawai2 Melayu di BULI oleh Wakil Rakyat DAP, terutama kedua2 orang Nga dan Ngeh.

6. Apa yang orang Melayu boleh buat? Kepimpinan campuran Pembangkang tidak memperdulikan orang Melayu.

‘The leadership culture of Opposition not caring and aspiring towards the Malays’.
Untuk orang Melayu di Perak, kepimpinan campuran Pembangkang yang di terajui oleh MB dari PAS serta 4 Exco Melayu dari PAS/PKR hanya tumpu kepada:-

1. Menukar pimpinan Masjid, Ketua Kampung dan JKKK kepada yang pro-pembangkang.
2. Tutup Dewan Orang Ramai dari di gunakan oleh orang2 UMNO.
3. Tingkatkan bilangan Ceramah2 Umum kepada penduduk Melayu, termasuk di Masjid/Surau yang tertumpu kepada menghentam UMNO.
4. Pimpinan Melayu PAS dan PKR hanya pakar dan berpengalaman dalam bidang ‘Memecah belahkan Orang2 Melayu’.
5. Orang2 Melayu di Perak di ketepikan dari arus pembangunan selama 11 bulan di bawah DAP/PKR/PAS.

Oleh YB Datuk Dr. Hj Abd Latif Hj Ahmad
MP MERSING

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana