"Orang Bodoh, Miskin, Bangsat Tak Merajuk" - Hadi

PETALING JAYA: Ketika PAS berhadapan perpecahan dalaman, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji sikap ahli parti Islam itu yang terus setia dalam perjuangan tanpa mengharapkan pangkat, jawatan atau kedudukan.

Menurut Presiden PAS itu, ahli dan penyokong parti itu, termasuk di kalangan yang dianggap bodoh, miskin mahupun bangsat sentiasa dipelihara Allah kerana ikhlas meneruskan perjuangan Islam.

"Kumpulan yang ikhlas bersama (gerakan Islam) daripada semua peringkat dan lapangan, mereka bukan sahaja berhubung dengan manusia, bahkan dengan Allah siang dan malam, termasuk yang dianggap bodoh tetapi tidak lupakan Allah siang dan malam, yang kaya menyumbang harta dan yang alim serta bijak menyumbang ilmu serta kemahiran.

"Bagi yang miskin dan bangsat kerana dipandang hina kebanyakan umum pula, mereka  turut menyumbangkan doa serta tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin atau meminta menjadi calon dan jawatan.

"Kesemua mereka tetap dengan pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat agong atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam piliharaya dan tidak mendapat projek dan balak, tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Marang itu turut menyifatkan kumpulan yang menjadikan PAS sebagai platform untuk meraih jawatan dan pangkat adalah 'pelakon' yang akan tenggelam mengikut kehendak Allah.

"Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jemaah.

"Sesiapa yang mengubah PAS lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga," katanya.

Sebelum ini, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan semua pemimpin PAS yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

GHB yang dilancarkan pada 13 Julai lalu diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan turut dianggotai pemimpin progresif parti itu yang tewas pada pemilihan Jun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana