oleh Blahhh Lah DAP....PAS Dikecualikan Dari Pakatan 2.0 - Kit Siang

KUALA LUMPUR 22 Julai - Akibat memutuskan hubungan dengan DAP, PAS  disingkirkan daripada pembentukan gabungan pembangkang baharu selepas berakhirnya kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PAS menjadi punca tamatnya kerjasama Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 2008.

"Semestinya tanpa PAS... Pakatan Rakyat berkubur kerana kepimpinan PAS melanggari dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini.

"Mereka gagal untuk mengotakan janji dan tidak boleh dipercayai," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis  Aidilfitri di Parlimen di sini, Rabu.

Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengesahkan bahawa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang berhasrat menubuhkan parti politik baharu.

Kata Kit Siang, selepas berkuburnya Pakatan Rakyat, sebuah gabungan pembangkang yang baharu perlu dibentuk bagi meneruskan perjuangan membela nasib rakyat.

"Perbincangan berterusan sudahpun dibuat. Ada keperluan untuk mencari platform baharu bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang PRU-14.

"Kita sudah bincang mengenai platform baharu ini, sama ada Pakatan Baru, Pakatan Rakyat 2.0 atau Harapan Baru, kita belum tahu. Ia dalam proses untuk dibentuk," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana