Nama VIP terlibat aktiviti Justo, akan didedah

Bangkok, 16 Julai 2015

“Kami mempunyai identiti mereka dan akan mendedahkannya kepada umum dalam mahkamah terbuka apabila permohonan waran tangkap dibuat,” kata jurucakap Polis Thailand, Jeneral Prawuth Thanvornsiri dalam taklimat media, hari ini.

Polis Thailand juga membuat kesimpulan bahawa jenayah pelbagai bidang kuasa ini merupakan satu pengkhianatan terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kami mempunyai semua dokumen, identiti lebih 10 individu termasuk VIP Malaysia,” kata Prawuth.

“Ini merupakan konspirasi memburukkan kerajaan anda dan kami mempunyai identiti 10 individu dalam siasatan ini.”

Namun Prawuth enggan mendedahkan nama 10 individu berkenaan atas sebab undang-undang dan siasatan kes ini sudah masuk hari ke-25.

“Kes ini terlalu sensitif maka sukar bagi kami mendedahkan identiti mereka.
“Identiti mereka kami dapat dari pengakuan Justo dan akan didedahkan kepada umum ketika waran tangkap dipohon di mahkamah,” katanya.

Sementara polis Thailand enggan mendedahkan identiti VIP itu, sumber yang rapat dengan sisataan berkata, sebahagian daripada mereka (VIP Malaysia) telah ditegur secara terbuka dan diberi amaran oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Sumber itu berkata, ia juga mendapat liputan meluas di media Malaysia.
“Jadi sebenarnya identiti mereka telah diketahui umum di negara anda (Malaysia),” kata sumber itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana