Najib Umum Rombakan Kabinet Selepas Aidilfitri?

KUALA LUMPUR 12 Julai - Akhbar Mingguan Malaysia  hari ini meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan membuat rombakan kabinet selepas Aidilfitri, ekoran tekanan kuat diterimanya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi ruangan Bisik-bisik Awang Selamat, akhbar itu membayangkan beberapa pemimpin termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Shabery Cheek, bakal berubah portfolio.

“Dua lagi menteri dijangka digugurkan, salah seorang akan ditawarkan sebagai pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya tanpa mendedahkan nama kedua-duanya.

“Jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, G. Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan. Jika itu terjadi, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut,” kata Awang lagi.

Tulisan pojok itu turut menjangkakan, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC), Shahrir Samad, akan dilantik semula ke Kabinet dengan memegang portfolio kanan.

Selain itu, setidak-tidaknya dua muka baharu untuk jawatan timbalan menteri akan dilantik, kata akhbar itu.

“Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis.

“Ia juga mesej jelas kepada semua bahawa beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. Mana tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu,” kata tulisan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana