Najib : Laporan The Age, Sydney Morning Herald Berniat Jahat

KUALA LUMPUR 15 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak sama sekali laporan tidak berasas dan berniat jahat disiarkan dalam media The Age dan Sydney Morning Herald, semalam yang antara lain hanyalah bertujuan memberi persepsi buruk terhadap dirinya.

Dalam kenyataan dikeluarkan pejabatnya hari ini, artikel itu bertajuk 'Skandal rasuah dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak', jelas satu percubaan terdesak media terbabit untuk cuba mengaitkan tugas yang pernah dilakukan Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mengikut kenyataan itu, artikel ditulis media milik kumpulan Media Fairfax itu juga tidak mengandungi satu pun dakwaan skandal yang jelas dikaitkan dengan Perdana Menteri.

"Tidak ditulis dan tidak ada satu pun bukti bahawa Perdana Menteri pernah terbabit dalam pertimbangan kes mahkamah, termasuk dikaitkan dengan mana-mana individu yang sudah disabitkan dan dihukum.

"Media Fairfax tahu ini, tetapi artikel mereka sentiasa cuba untuk mengelirukan dan membayangkan seolah-olah Najib bukan saja terbabit, tetapi juga mungkin sudah mendapat manfaat daripada sebarang salah laku yang didakwa," kata kenyataan itu.

Selain gagal memberikan bukti terhadap dakwaan dilemparkan, media terbabit juga kerap menggunakan perkataan yang sukar dipertikai seperti 'disyaki', 'mendakwa', dan 'mencadangkan' untuk mempengaruhi pemikiran pembaca kononnya Perdana Menteri bersalah.

"Ini mungkin tidak dilihat seperti memfitnah, dan ini licik dan ia helah untuk cuba mencemarkan nama Perdana Menteri," tambah kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menyebut, artikel terbabit juga cuba mengaitkan kononnya berlaku skandal rasuah membabitkan individu penting termasuk ahli politik antara 1999 hingga 2004, iaitu ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Namun Media Fairfax Media tidak memilih untuk menyebut Tun Mahathir dalam mana-mana artikelnya," jelasnya.

Najib juga telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil semua tindakan yang mungkin terhadap The Age dan Sydney Morning Herald berhubung penulisan artikel terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana