Muka Muka Kecewa....Konvensyen pertama GHB 16 September ini

Gerakan Harapan Baru (GHB) akan menjadi sebuah parti politik dengan nama baru dan didaftarkan pada 14 September ini.
Menurut ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, konvensyen pertama GHB bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September depan.

Khalid berkata GHB adalah sebuah gerakan dan pendaftaran nama baru yang kini masih belum dimuktamadkan akan dibuat sebelum pelancaran parti itu September depan.

Penubuhannya bersesuaian dengan tempoh yang diberikan kepada kepimpinan PAS selepas muktamar iaitu 100 hari untuk memperbaiki kelemahan.

Sehingga kini, pemimpin PAS tidak melakukan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan mereka.

Pada majlis perjumpaan dan ceramah jelajah perdana GHB di Kota Bharu malam tadi, beberapa wakil rakyat PAS dan pemimpin DAP serta PKR yang dijadualkan hadir tidak kelihatan.

“Tu kena tanya mereka, tapi bagi saya di kelantan ianya satu suasana yang unik di mana polarisasi PAS dan UMNO sudah begitu tinggi dan apa apa usaha ke arah pembentukan parti baru.

"Ia akan timbul masalah jadi apa yang dilakukan mereka dah nyatakan sokongan pun dah memadai … jelas sokongan itu seperti yang dinyatakan dan yang lain pada awal kata nak hadir dan atas nasihat dan teguran mereka tak hadir," katanya.

Mengulas agenda penubuhannya dan wadah perjuangan parti baru itu, Khalid menambah agenda hudud tetap diperjuangkan namun keutamaannya adalah untuk memenangi pilihanraya umum dengan pakatan yang akan diwujudkan.
Harapan Baharu itu dipengerusikan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ditanya mengenai keanggotaan beliau dalam PAS jika parti baharu itu menjadi kenyataan, anggota Parlimen Shah Alam itu berkata beliau akan berundur secara terhormat daripada PAS.

"Insya-Allah kami akan berundur secara terhormat bila parti baharu itu ditubuhkan dan bila kami menyertai parti baharu itu maka kami secara automatik tidak lagi menjadi anggota PAS kerana dalam perlembagaan PAS begitu, kami tak boleh menjadi anggota dua parti," katanya.

Sementara itu, anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli enggan mengulas mengenai bai'ah yang dibuat PAS ketika diangkat menjadi calon parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

"Tak nak komen...tanyalah ulama pasal benda ini," katanya.

Mohd Hatta bagaimanapun mengesahkan akan menyertai parti baharu dan bersedia melepaskan keanggotaannya dalam PAS.

PAS sebelum ini mewajibkan bai'ah kepada anggotanya yang dipilih menjadi calon dalam pilihan raya bagi menentukan calon tidak menyeleweng daripada dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana