MP, ADUN PAS diminta 'duduk diam-diam' kalau mahu terus bersama parti

SHAH ALAM: Mana-mana wakil rakyat atau pun ahli PAS yang masih hendak bersama dalam parti itu diminta 'duduk diam-diam' dan tidak menduakan parti itu, demikian ditegaskan Setiausaha PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman.

Mohd. Khairuddin berkata demikian melihat kepada perkembangan terkini beberapa Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terus menerus mencanang penyertaan mereka untuk menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB) tetapi dalam pada masa yang sama mereka masih menegaskan status sebagai ahli PAS.

"PAS pusat tidak akan pecat, kita tidak akan pecat, mengapa kita hendak pecat mereka?

"Kalau mereka isytihar, automatik mereka terkeluar, kalau mereka hendak masih bersama dalam PAS maka duduk diam-diam, itu saja," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Susulan itu katanya, beliau berharap semua wakil rakyat, ADUN dan siapa sahaja yang memegang jawatan dalam PAS akur kepada Perlembagaan PAS yang jelas penamatan keanggotaan mereka boleh terbatal secara automatik mengikut Fasal 13 (1) (c).

"Dalam perlembagaan kita sebut mana-mana orang yang isytihar masuk parti baru, maka keahlian dia akan terbatal secara automatik.

"Sesiapa sahaja ahli-ahli kita di peringkat cawangan, kawasan atau negeri ke, atau siapa-siapa sahaja," katanya.

Dalam pada itu Antarapos cuba menghubungi beberapa wakil rakyat PAS Selangor berhubung penamatan keanggotaan mereka dengan parti itu bagaimanapun gagal dihubungi.

Antaranya bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut mahukan ahli PAS yang menyertai GHB digesa melepaskan jawatan yang dipegang tidak kira sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN.

Mahfodz berkata, ini adalah disebabkan perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan hasil pendapatan yang dimiliki tidak syubhah.

Katanya, kemenangan mereka juga adalah atas tiket PAS dan atas usaha jemaah PAS yang bersusah payah memenangkan calon parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana