MOU dah tandatangan...projek Lebuhraya Pan Borneo jalan terus

Kalau masih ada lagi pihak yang mahu mempertikaikan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang akan mula dibina pada September tahun ini, hentikan sajalah.
Ini kerana projek berkenaan bukan difikirkan sehari dua tetapi sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) lagi.

"Ia terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU-13. Ia adalah janji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd NajIb Tun Razak kepada rakyat Sarawak. Ia adalah salah satu daripada permintaan rakyat Sarawak," kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petrajaya berkata kepada wartawan selepas menghadiri majls Menandatangani Perjanjian (MoU) projek lebuhraya berkenaan di Putrajaya, pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai menangkis soalan daripada wartawan media pro-pembangkang yang bertanyakan adakah pembinaan lebuhraya itu dibuat kerana Pilihanraya Negeri sudah dekat.

Fadillah yang Ketua Pemuda Parti Bumiputera Sarawak (PBB), juga menjelaskan sama ada nilai Ringgit naik atau turun, projek lebuhraya itu akan jalan terus seperti dijadualkan kerana ia telah dijanjikan oleh Kerajaan BN yang sentiasa menepati janji.

MoU projek berkenaan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dengan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) telah disaksikan oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Sri Johari Akob menandatangi bagi pihak Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri Sarawak diwakili setiausaha kerajaan negeri, Tan Sri Amar Morshidi Ghani. LBU diwakili pengerusinya, Tan Sri Abang Ahmad Abang Mohideen.

Fadillah berkata model pelaksanaan projek berkenaan akan dibuat mengikut kaedah Project Delivery Partner (PDP) seperti yang dibuat untuk MRT.

Lebuhraya Pan Borneo yang dibina dengan kos keseluruhan RM27 bilion, akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 2,239 kilometer yang disasarkan akan menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak.

Komponen kick-off projek lebuhraya berkenaan yang melibatkan jajaran Simpang Jalan Nyabu ke Simpang Jalan Bakun sepanjang 43 kilometer telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mac lalu.

Komponen itu adalah sebahagian daripada 1090 kilometer jajaran Pan Borneo Sarawak yang akan dinaiktaraf kepada empat lorong dua hala. Kerja-kerja menaiktaraf sedang giat dijalankan.

Berdasarkan perancangan, pembinaan fasa pertama bermula September dari Telok Melano ke Sematan sepanjang 33 kilometer.

Pakej ini membabitkan pembinaan jajaran baru satu lorong dua hala untuk menghubungkan pekan kecil dan beberapa perkampungan di kawasan Telok Melano yang kini hanya boleh dihubungkan melalui jalan laut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana