MB akan bina tangki air tetapi sumber air masih belum selesai

Keluhan penduduk Semenyih ada logiknya. Jika hanya dibina tangki baharu tetapi sumber air masih belum diselesaikan, tiada manafaat yang akan datang kepada penduduk.

Nanti akan timbul pula ungkapan : Tangki cantik tapi air tiada juga

Setelah didesak beberapa kali, diasak kiri kanan, masalah ketiadaan air di Semenyih akhirnya dijawab Menteri Besar (MB) Selangor, Mohamed Azmin Ali yang berkata akan membina beberapa tangki air di semua kawasan terjejas.

Azmin berkata demikian pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri semalam seolah-olah masalah yang dihadapi penduduk sejak beberapa tahun lalu akan berakhir pada masa terdekat.

Padahal bukan tangki yang diperlukan tetapi dari mana datangnya air untuk mengisi tangki-tangki tersebut tersebut apabila siap dibina kelak.

Itu persoalan yang diajukan penduduk kawasan Semenyih apabila melihat tindakbalas MB Selangor antara acuh tak acuh.

"Buat tangki banyak-banyak tetapi tak ada air nak buat apa? Masalah sekarang ini adalah air tak sampai ke kawasan atas sebab penggunaan yang berlebihan oleh penduduk yang semakin ramai mengikut taman perumahan.

"Sepatutnya Azmin beri jalan penyelesaian yang masuk akal, bukan bercakap sesuka hati apabila ditanya pihak media," kata Pengerusi Badan Bertindak Krisis Air Semenyih (KAS), Hamdan Abu ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi tadi.

Kata Hamdan, sebagai MB, Mohamed Azmin sepatutnya datang kawasan bermasalah yang terpaksa ditaggung penduduk.

"Datang dan lihat sendiri apa yang berlaku di kawasan negeri yang dipimpinnya itu. Dengar keluhan rakyat yang semakin tertekan untuk hidup dalam kawasan yang telah lama tiada air," ujarnya.

Jelas Hamdan, dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Johan Abdul Aziz, sejak kelmarin, penduduk dibekalkan dengan air bersih sebanyak lima liter rumah.

"Kami beli air mineral dalam botol besar dan kemudian kami agihkan kepada semua penduduk khususnya kawasan yang paling kritikal.

"Namun sampai bila kami boleh memberi air yang dibeli demi memastkan penduduk mendapat air minuman yang bersih dan terawat," katanya.

Tambah Hamdan, penduduk di Semenyih tidak lagi memikirkan sambutan Hari Raya kerana masalah air yang dihadapinya telah berlaku sejak beberapa tahun dulu.

"Sambut ala kadar saja sebab siapa yang nak cuci pinggan dan sediakan keperluan nanti? Daripada menanggung malu, lebh baik jangan buat. BiarlahHari Raya disambut seadanya," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana