Mat Sabu umum penubuhan parti Islam baru saingan PAS

Kekecewaan kumpulan yang bercita-cita tinggi dalam PAS akhirnya sampai ke episod baru selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu  mengumumkan penubuhan parti politik baru yang bakal dianggotai pemimpin yang kecundang dalam pemilihan PAS, Jun lalu.
Dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Mat Sabu berkata parti politik baru itu dinamakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau dikenali 'Harapan Baru'.

"Harapan baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam.

"Parti ini akan membantu ke arah penubuhan Pakatan Rakyat 2.0," katanya.

Pengumuman yang dibuat oleh Mat Sabu itu dibuat lebih awal berikutan beliau dan beberapa pemimpin G-18 sebelum ini memberitahu perkara itu hanya akan diuar-uarkan selepas Hari Raya Aidilfitri, 17 Julai ini.

G-18 adalah mewakili 18 bekas pemimpin kanan PAS yang gagal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti sebelum ini.

Kesemua mereka sebelum ini dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP dan PKR ketika majlis berbuka puasa di rumah bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, bagi membincangkan perihal penubuhan parti baru itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana