Mat Sabu jangan guna platform DAP suarakan kekecewaan

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak perlu menyerlahkan kekecewaannya berikutan kekalahan dalam pemilihan parti pada Jun lalu dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan bagi memburukkan parti itu.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad mempersoalkan mengapa Mat Sabu hanya nampak keburukan PAS selepas tidak dipilih oleh parti dan tidak memperbetulkan perkara tersebut ketika masih dalam barisan kepemimpinan sebelum ini.

“Dia (Mat Sabu) berkata kepimpinan PAS sekarang tidak relevan dalam landskap politik kini padahal perwakilan telah menolak dia daripada memimpin parti.

“Kita ada muktamar tahunan bagi menentukan siapa dan siapa dilihat boleh memimpin parti, dan perwakilan PAS telah menentukan bahawa barisan kepimpinan diketuai Presiden yang relevan menerajui PAS. Mat Sabu kena terima bahawa dia tidak lagi dipilih oleh perwakilan ketika ini. Jangan pula menggunakan platform DAP untuk menyuarakan kekecewaannya,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan.

Beliau mengulas kenyataan Mat Sabu yang menyifatkan PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP Pulau Pinang di Kepala Batas.

Mat Sabu mendakwa, PAS masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan.

Dalam pada itu, Dr. Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor mempersoalkan tindakan Mat Sabu ingin menubuhkan sebuah parti yang memperjuangkan Islam memandangkan kehadiran PAS sudah memadai.

Katanya, perkara itu sudah terbukti apabila PAS menjadi sebuah parti yang bertahan setelah sekian lama dan gerakannya sangat strategik mengikut tuntutan semasa.

Menurut beliau, jika parti baharu itu dilihat seperti ingin meniru PAS, bermakna ia akan memecah-belah umat Islam di negara ini.

“Masing-masing kena jaga kepentingan parti. Jangan kata bermacam-macam sebab kecewa. Ambil pengajaran terhadap nasib parti-parti serpihan yang lepas,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr. Khairudin Aman Razali berkata, PAS sentiasa bergerak dengan strategik memandangkan perjuangannya adalah berasaskan al-Quran dan Sunah.

“Barisan kepemimpinan Pas relevan atau sebaliknya, itu bergantung kepada perwakilan untuk tentukan. Yang penting ketika ini adalah pemimpin-pemimpin berkaitan parti Gerakan Harapan Baru (GRB) perlu mengisytiharkan sama ada ingin kekal atau keluar dari PAS,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana