Masalah Besar Timbul Ni....Bye-bye... Pakatan pembangkang baru tanpa PAS

Dipercayai mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan sebahagian pemimpin PKR (bukan fraksi Mohamad Azmin Ali) sedang merancang kerjasama baru politik pakatan pembangkang tanpa melibatkan PAS.
PAS yang merupakan parti orang Melayu terkuat dan terbesar dalam Pakatan diketepikan selepas sering bertelagah dengan DAP yang merupakan parti berbagai kaum berterawskan Cina.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PAS menjadi punca tamatnya kerjasama Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 2008.

"Semestinya tanpa PAS... Pakatan Rakyat berkubur kerana kepimpinan PAS melanggari dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini.

"Mereka gagal untuk mengotakan janji dan tidak boleh dipercayai," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis  Aidilfitri di Parlimen Rabu.

Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengesahkan bahawa DAP dan PKR sudah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang berhasrat menubuhkan parti politik baharu.

Kata Kit Siang, selepas berkuburnya Pakatan Rakyat, sebuah gabungan pembangkang yang baharu perlu dibentuk bagi meneruskan perjuangan membela nasib rakyat.

"Perbincangan berterusan sudahpun dibuat. Ada keperluan untuk mencari platform baharu bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang PRU-14.

"Kita sudah bincang mengenai platform baharu ini, sama ada Pakatan Baru, Pakatan Rakyat 2.0 atau Harapan Baru, kita belum tahu. Ia dalam proses untuk dibentuk," katanya.

Bagaimanapun difahamkan kumpulan PKR yang menyebelahi Menteri besar Selangor Mohamad Azmin Ali tidak bersetuju dengan move menyingkirkan PAS itu.

Ini berikutan Azmin menjadi MB Selangor dengan sokongan sulit lima ADUN PKR dan PAS selepas kemelut perebutan jawatan tersebut tidak kunjung selesai September tahun lalu.

DAP hanya menyokong kepimpinan Azmin selepas kena 'check mate' kerana mendapati Azmin memperolehi lebih sokongan berbanding calon mereka ADUN Kajang Datin Seri Dr wan Azizah wan Ismail.

Sungguhpun Azmin boleh menyingkirkan PAS dan bergantung dengan sokongan DAP serta PKR untuk mentadbir Selangor... membiarkan PAS menjadi parti pembangkang bersama UMNO akan menyebabkan beliau sukar mentadbir negeri itu.

Selain itu, intrik politik dalaman PKR yang mahu memperkukuh kumpulan pro Wan Azizah dalam parti dan kerajaan Selangor sudah pasti akan mengganggu tugas Azmin.

Anwar Ibrahim dalam kenyataannya Selasa berkata PKR sedang mewujudkan permuafakatan politik antara gerakan progresif dan badan bukan kerajaan (NGO).

Ini adalah pendirian PKR yang paling jelas setakat ini terhadap ura-ura penubuhan sebuah parti politik baru oleh kumpulan bekas pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti 4 Jun  lalu.

"Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, yang akan melibatkan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan", katanya.

Kenyataan bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu dilihat sebagai langkah ke arah menyokong penubuhan GHB yang dikatakan bakal ditubuhkan pada 14 September depan.

"Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat" katanya.

PKR sebelum ini dilihat berdolak dalih apabila ditanya bersabit pendirian mereka terhadap penubuhan sebuah parti politik baru untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli jelas memberi sokongan malah, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution pula bersetuju untuk menyertai siri jelajah untuk menjelaskan rasional penubuhan parti politik baru.

Namun, Azmin Ali selaku orang nombor dua parti cuba menjarakkan diri dengan berkata parti itu tidak akan campur tangan dalam kemelut PAS-GHB bagi menjaga hubungan PAS-PKR dalam kerjasama kerajaan negeri Selangor.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Selasa membayangkan parti pimpinannya bersedia menjalinkan kerjasama dengan GHB berikutan gerakan itu berbeza dengan PAS.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan perjuangan kepimpinan jawatankuasa penaja parti baru itu lebih bersifat progresif dan Islam sederhana yang jauh berbeza dengan perjuangan bekas rakan sekutunya itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana