Masa depan GHB, PKR terumbang-ambing

SHAH ALAM: Masa depan politik Gerakan Harapan Baru (GHB) dan PKR akan terumbang-ambing, demikian pengamatan penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam.

Ujarnya, DAP adalah sebuah parti yang dominan sejak dari dulu dan akan terus bersikap demikian terutama ke atas GHB.

GHB diketahui umum amat memerlukan sokongan DAP buat masa ini agar kewujudan parti politik baru yang diasaskan mereka akan terus boleh diterima rakyat, sebaik sahaja diumumkan kelak.

Begitu juga PKR, yang sering akur pada pegangan dan keputusan DAP bersbit sesuatu isu dalam Pakatan Rakyat, ujar Ramlah.

"DAP pandai main batu sembunyi tangan, dia tukang cucuk dan tindakan dia tegas, nasib PKR dan GHB yang diwujudkan akan terumbang ambing.

"Sebab mereka ini harapan kan, bukan benda yang betul? diharapkan sahaja. Namanya harapan sahaja, diharapkan, jadi GHB ini diharapkan sahaja, sedangkan DAP ini memang solid," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Ramlah berkata dikala parti komponen dalam Pakatan Rakyat diuji krisis dalaman, DAP terus kukuh walaupun banyak serangan dilancarkan terhadap mereka.

"Sedangkan DAP memang solid dan mereka walaupun ada kemelut dalam itu cuba kamu tengok, berapa banyak orang cuba jatuhkan DAP?

"Walaupun orang Cina Kedah ada bagi kenyataan yang kuat berada di pihak Lim Guan Eng. Begitu juga dengan Kuala Lumpur, begitu juga dengan beberapa negeri lain, tetapi mereka itu cakap dua tiga kali sudah habis," katanya lagi.

Ramlah dalam pada itu mengulas sokongan PKR yang dinyatakan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada GHB.

Ujarnya, perkara itu sudapun dijangka sejak dari awal.

"Saya tidak hairan dengan kenyataan dia (Anwar Ibrahim). Dia (perlu) melupakan PAS.

"Sebab dia sudah malu kata orang kan, sebab tembelang sudah pecah. Dulu mereka dakwa golongan Anwarinas wujud dalam PAS...mereka nafi tetapi sekarang lagi ternyata kan?

"Bahawa orang PAS sedar yang PAS ini dikuasai oleh Anwarisnas punya kumpulan kan?," soalnya.

Anwar baru-baru ini melalui kenyataan medianya memberikan bayangan bahawa PKR akan menjalinkan kerjasama dengan GHB atas alasan mahu membentuk permuafakatan politik yang lebih kukuh.

Ramlah kemudiannya berkata PAS perlu menerima kemungkinan bahawa PKR akan menyisihkan mereka walaupun banyak jasa parti Islam itu terhadap mereka.

PAS adalah penyokong PKR sejak parti itu ditubuhkan dan terbukti apabila PAS berterusan menyatakan sokongan kepada Anwar yang dihambat isu moral dan menganggap bekas Ketua Pembangkang itu sebagai mangsa politik kerajaan pemerintah.

Hubungan PAS dan PKR sedikit goyah apabila PKR membelakangkan PAS dan memperkenalkan misi 'Langkah Kajang' bagi menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Anwar.

PAS berkecil hati dan tetap mempertahankan Khalid sebagai individu yang tiada cacat celanya untuk terus menerajui Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana