"Mari kita lihat siapa yang lebih teruk akhirnya nanti..."

Mempertahankan pendedahannya mengenai dakwaan plot untuk memalsukan maklumat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas editor Sarawak Tribune Lester Melanyi berkata terpulang kepada Tuhan untuk menghakimi kredibilitinya.
Lester berkata, beliau berpegang teguh kepada pendedahannya walaupun kredibilitinya dipertikaikan termasuk dakwaan bahawa dirinya dianggap sebagai pembohong dan seorang penghutang.

"Hanya Tuhan sahaja tahu sama ada saya boleh dipercayai atau tidak. Hanya 'Dia' boleh menghakimi saya dalam perkara ini," kata Lester kepada The Star pada Sabtu.

Ditanya mengenai dakwaan pengasas Sarawak Report dan editor Clare Rewcastle-Brown yang menyifatkannya sebagai 'penghutang', Lester berkata:"Saya tidak terkejut dia akan berkata demikian. Dia boleh menyemak akaun orang lain dengan mudah."

Lester turut menafikan dakwaan bahawa beliau berbohong dalam perkara ini.

"Mari kita lihat siapa yang lebih teruk akhirnya nanti," katanya.

Ditanya sama ada polis telah menghubunginya, Lester berkata beliau selesai memberi kenyataan kepada polis pada Sabtu.

"Saya disoal siasat polis selama dua hari dan saya menunjukkan e-mel antara saya dan Clare," katanya.

Sebuah rakaman video pengakuan oleh Lester dimuat naik di laman YouTube pada Rabu yang mendakwa beberapa pemimpin pembangkang bersama dengan Sarawak Report merancang plot untuk memalsukan dokumen 1MDB dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan tersebut dinafikan pemimpin pembangkang dan Rewcastle-Brown.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana