Marah Giler Nampaknya.....PAS hipokrit... kata Mahfuz

Bekas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang kalah bertanding baru-baru ini nampaknya masih memendam rasa.
Ahli Parlimen PAS Pokok Sena itu tegas mengatakan PAS perlu mengarahkan semua wakilnya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor untuk meletakkan jawatan selepas Majlis Syura Ulamak membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan DAP Sabtu.

Menurutnya jika PAS gagal berbuat demikian, parti itu akan dilabel sebagai hipokrit.

"Apabila PAS sudah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, maka PAS seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

"Jika tidak rakyat akan melihat PAS sebagai hipokrit," ujar Mahfuz.

Sebaik sahaja Muktamar PAS kali ke-61 meluluskan usul putus hubungan dengan DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa semua wakil PAS meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri yang dipimpinnya.

PAS bagaimanapun enggan mengarahkan ahlinya meletakkan jawatan kerana Pakatan Rakyat masih wujud walaupun tanpa kerjasama antara PAS dan DAP.

PAS berikrar untuk meneruskan hubungan dengan PKR kerana mahu menjaga amanah yang diberikan rakyat.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Yang Di-Pertua PAS Pokok Sena berkata baginya ahli PAS tetap harus menarik diri daripada dua kerajaan negeri itu namun ia terpulang kepada kebijaksanaan barisan kepimpinan PAS yang baru.

"Pemimpin PAS perlu menentukan dengan bijaksana apa yang perlu dilakukan dengan ahli PAS dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

"Saya hanya memberikan pandangan ahli PAS perlu berundur daripada kerajaan. Terpulang kepada mereka," katanya.

Mahfuz bagaimanapun tidak mengulas pelantikan semua wakil samada PAS, DAP dan PKR dibuat secara 'pelantikan politik'dan tidak perlu meletak jawatan sepertimana yang ditegaskan beberapa pemimpin PAS sebelum ini.

Malah Mahfuz juga tidak mengulas kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang bukan hak mutlak DAP, PKR atau PAS sendiri sebaliknya ia hanya berjaya dibentuk selepas ketiga-tiga parti itu bergabung dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana