Malulah Ada Melayu Seperti ini.....Lim Kit Siang Paling Kenal Saya - A.Samad Said

PETALING JAYA: Sasterawan negara Datuk A. Samad Said berkata Lim Kit Siang adalah seorang rakan yang paling memahami diri dan perjuangannya.

Beliau berkata, penasihat DAP itu paling mengenali dirinya berbanding rakan-rakannya lain yang berbangsa Melayu.

“Ada teman yang faham, ada teman yang tak faham.

“Tapi yang paling kenal diri saya adalah Lim Kit Siang. Kami sama-sama kerja sebagai wartawan pada tahun 60-an dulu,” katanya ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersih 2.0 di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kritikan-kritikan yang diterimanya apabila beliau mengambil keputusan untuk menyertai DAP.

Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad berkata, setelah menghabiskan masa selama enam dekad dengan menulis tetapi ketika berusia 83 tahun, beliau memutuskan untuk mencari sedikit kelainan dengan menyertai politik secara langsung.

“Terakhir saya cari jalan sedikit lain. Saya kata kepada Lim Kit Siang orang selalu ambil ‘new blood’, tapi ini ambil ‘old blood’.

“Tidak apa-apa, saya cuma mahu berkhidmat kepada rakyat. Parti itu mempunyai impian yang sesuai dengan diri saya,” katanya.

Pak Samad berkata, beliau sedar tindakannya itu telah mengundang kritikan-kritikan daripada pelbagai pihak termasuklah yang mengaitkan tindakannya dengan akhirat.

Katanya, terdapat dua individu yang berpandangan keputusannya menyertai DAP sebagai ‘penghalang’ untuk masuk ke syurga iaitu penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Ikatan Muslim Muslim Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman.

“Ada dua orang ini yang ‘halang’ saya masuk syurga, itu tak apa.

“Saya hanya tak mahu sia-siakan usia saya ini,” katanya.

Ridhuan Tee sebelum ini mengkritik Pak Samad dan menasihatkannya supaya memilih wadah politik atau pekerjaan yang boleh membawa ke syurga, bukan memilih menyertai DAP.

Abdullah Zaik pula berkata Pak Samad sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan bukan memilih menyertai DAP.

Pak Samad pada Jun lalu secara rasminya menyertai DAP yang sebelum ini sering kali diserang Umno dan PAS kerana dikatakan parti cauvanis Cina.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana