Mahfuz selar kepemimpinan Pas

SUNGAI PETANI 25 Julai – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar secara terbuka menyelar pim­pinan parti itu yang disifatkan tidak berbuat apa-apa bagi membendung kemerosotan undi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina menjelang pilihan raya umum akan datang.

Lebih daripada itu, Mahfuz yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah mendakwa, respons Pas terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) memperlihatkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan parti itu terhadap kemunculan gerakan tersebut.

“Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan (bagi menarik sokongan bukan Melayu). Malah, saya lihat beberapa tindakan dan kenyataan dibuat kepemimpinan Pas bakal mengundang kemerosotan soko­ngan pengundi Islam dan Melayu itu sendiri.

“Kenyataan Pas yang mengecam GHB dan pimpinan mereka membuka ruang untuk ahli Pas memberikan respon yang baik terhadap gerakan itu. Ini menyebabkan berla­kunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu dalam kalangan pimpinan dan ahli Pas sendiri di pelbagai peringkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Melalui kenyataan itu, Mahfuz mendakwa setiap perkataan dihamburkan sesetengah kepemimpinan Pas dan disiarkan di Harakah ibarat 'cirit-birit' mulut yang perlu segera diubati.
Menurutnya, ke­nya­taan kepemimpinan Pas yang disiarkan Harakah kononnya ancaman yang merosakkan Pas hadir daripada kalangan mereka yang pernah terlibat dengan Majlis Perwakilan Islam (IRC), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menambah kemerosotan sokongan undi Melayu Islam kepada Pas.

“Sebagai gerakan Islam, Pas boleh rasa syok sendiri kerana tiada siapa lagi yang dianggap sebagai musuh dalam selimut parti itu. Namun bagi menghadapi pilihan raya, Pas memerlukan undi dan sokongan daripada umat Islam dan bukan Islam.

“Tindakan sebegini akan melukakan ahli-ahli Ikram yang mengundi Pas kerana mereka telah digambarkan sebagai pengkhianat. Bukan saja mereka, malah kumpulan Islam lain juga akan merasakan yang Pas tidak boleh menerima kelainan fikrah daripada jemaah yang bukan terhasil daripada tarbiah Pas,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Pas tidak hanya boleh menyatakan hanya keredaan Allah yang penting dan bukannya kemenangan dalam pi­lihan raya.

"Kalau begitu, tidak perlulah Pas menyertai pilihan raya yang menghabiskan wang dan cukup sekadar de­ngan program dakwah serta tarbiah membangunkan ummah.
“Sedangkan, hakikat yang kita mahukan adalah politik kuasa diredai Allah.
“Terserahlah kepada pimpinan yang bijaksana untuk menerima atau menolak pandangan saya ini. Sekadar pandangan 10 sen daripada saya yang tidak sebijak kepemimpin­an yang ada kini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana