Mahathir Menyerang Kerana Proksi?

Siri serangan Tun Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak mengejutkan rakyat Malaysia.

Seakan adanya perancangan rapi dalam serangan tersebut dan apakah Mahathir sebagai dalangnya?

1. Sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Rompin, kita dikejutkan dengan berita kononnya wujudnya skandal pembelian tanah TRX yang tidak telus oleh Tabung Haji. Kecoh satu negara hinggakan ketika itu penyimpan wang di Tabung Haji yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk orang kampung hampir terhakis kepercayaan kepada Kerajaan BN.

2. Sebelum Pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri, keluar pula video yang cuba memperlihat bahawa Muhyiddin Yasin menyelar 1MDB, sedangkan ucapan Timbalan Perdana Menetri tersebut adalah di dalam majlis tertutup dan ianya bukanlah seperti yang digambarkan di dalam blog atau portal berita internet pro pembangkang.

3. Terbaharu, selepas pengumuman penarafan kredit terhadap Malaysia oleh firma Fitch Ratings, keluar pula pembohongan yang maha hebat oleh media luar negara , The Wall Street Journal. Media yang pernah diharamkan oleh Mahathir ini mendakwa sejumlah wang, RM2.6Billion telah di depositkan ke akaun peribadi PM Najib.

Samada yang tersebut ada kaitan langsung dengan Mahathir atau tidak namun yang jelas, Mahathir menyerang kepimpinan Najib bagaikan orang sudah tidak siuman lagi.

Timbul persoalan, kenapa Mahathir menyerang tanpa memikirkan lagi kesan yang bakal dihadapi oleh Kerajaan BN dan parti UMNO yang beliau sendiri adalah sebahagian daripadanya?

Boleh dilihat dengan jelas, imej Negarawan Ulung makin “kelam” bersama usia Tun sendiri.

Tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab dari Tun dan penyokong beliau mengundang tanda tanya bukan sahaja dari rakyat Malaysia malahan para pemimpin dunia yang lain juga.

Oleh itu berbagai teori timbul dalam mencari punca sebenar Tun bertindak ‘gila’ memburukkan nama negara di persada dunia. Apakah kerana isu proton, jambatan bengkok, Mukhriz jadi Perdana Menteri dan lain-lain lagi mula dianalisa satu persatu.

Gerakan pertama yang rakyat terlepas pandang.

Desakan halus supaya PM Najib lepaskan jawatan Menteri Kewangan 1:

Tun Daim pernah menulis surat mencadangkan agar Perdana Menteri jangan jadi Menteri Kewangan.

Tun Daim: Sebab itu dari dulu saya kata, saya pernah menulis surat mencadangkan Perdana Menteri jangan jadi Menteri Kewangan. Kalau ada masalah macam ini (1MDB) bukan salah Perdana Menteri jika beliau bukan Menteri Kewangan. Tetapi saya tidak tahu mengapa Perdana Menteri mahu juga menjadi Menteri Kewangan, Pak Lah pun macam itu juga.

Ia akan wujudkan konflik. Kalau Menteri Kewangan bukan kesilapan, dia juga Perdana Menteri, hendak marah tidak boleh, hendak buang tidak boleh. Kalau Menteri Kewangan orang lain, kita boleh ambil tindakan. Ketua Audit Negara memang membuat audit dan akan menyerahkan kepada Kementerian Kewangan. Semasa saya dulu kita terima sahaja. Dia hendak tulis apa, tulislah dan kita terima.

Kalau kita hendak perbetulkan dari bagi tahu, ini jangan tulis, itu jangan tulis susahlah. Kesilapan yang berlaku kita perbetulkan. Jabatan Audit Negara memang bebas walaupun di bawah Kementerian Kewangan.

Sekarang ini memang susahlah sebab Menteri Kewangan adalah penasihat kepada 1MDB. Ini masalah besar. Saya pun tidak tahu, patut beliau fikir sedalam-dalamnya apa yang baik kepada negara.

Perdana Menteri pun sibuk, banyak masa diperlukan untuk memerintah negara, perlu tahu perkara hal ehwal luar negara. Jadi Menteri Kewangan pula jaga kementerian yang besar, terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan, berkaitan dengan wang pula.” – Malaysia Gazette

Daim dilihat sebagai cuba memberi tekanan kepada Najib agar melepaskan jawatan Menteri Kewangan dengan alasan agar lebih fokus kepada pentadbiran negara.

Menurut sumber, Mahathir menggunakan Daim untuk menyatakan pandangan tersebut memandangkan Daim adalah bekas Menteri Kewangan di zaman beliau dan dilihat sebagai Menteri Kewangan berkaliber. Mahathir dan Daim sebenarnya dilihat mahukan Menteri Kewangan yang boleh dikawal agar kepentingan peribadi mereka akan terjaga. Namun langkah Mahathir dan Daim sumbang, PM Najib kekal untuk menjawat jawatan tersebut. Apakah PM Najib sudah boleh menghidu apa yang sebenarnya niat mereka berdua itu?

Mahathir mengejar waktu, proksi bakal cabut lari.

Mungkin Mahathir fikir bahawa rakyat Malaysia mudah lupa dan mudah untuk diperbodohkan. Perundangan dunia mengenai ‘cross-border monetory’ berubah sejak insiden 911.

Segala urusan transaksi kewangan yang ingin dibuat antara negara perlukan pengesahan dari Menteri Kewangan sesebuah negara. Apakah tujuan wang yang ingin dipindahkan ke sesebuah negara? Syarat yang ketat ini dipersetujui oleh semua negara yang pada asasnya ingin mengekang unsur pengganas dan ini membuatkan sesiapa yang ada banyak simpanan di luar negara akan amat terasa tekanannya. Bagaimana nak bawa pulang simpanan wang yang bergunung kalau ianya tiada sebab yang konkrit?

Samada wang itu milik sendiri ataupun menggunakan nama proksi, prosedurnya sama sahaja. Menteri Kewangan kena luluskan.

Kalau jumlahnya sedikit, pemiliknya tidak akan menjerit.

Benarkah jumlahnya lebih dari RM100Billion? Dan ianya disimpan dalam akaun milik puluhan proksi yang dihimpun selama 22 tahun?

Kalau peniaga yang mempunyai alasan untuk melabur seperti membeli ladang sawit dan sebagainya maka urusan transaksi ini akan menjadi amat mudah. Namun menurut sumber, Mahathir mengejar waktu kerana beliau melihat proksinya sudah liat dan seperti mendoakan beliau ‘jalan’ lebih awal supaya mereka boleh menggunakan dana simpanan itu sebebasnya tanpa lagi perlu risaukan Mahathir?

Benarkah Vincent Tan, Syed Mokthar, Ananda Krishnan, Francis Yeoh, Lee Kim Yeu, Syed Azman, Aramugam etc merupakan proxy Mahathir?

Alasan Jambatan Bengkok dan suntikan dana tambahan untuk Proton bernilai RM1.7Billion bukanlah alasan sebenar kalau dilihat dari segi serangan Mahathir yang sudah masuk fasa bergabung dengan pihak parti pembangkang.

Bagi Mahathir, apa nak jadi, jadilah!

Mykmu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana