Mahasiswa diingat tidak terpengaruh dengan DAP: PEMBINA Shah Alam

BANGI, Isnin – Tindakan sekumpulan penggerak anak muda Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang melancarkan himpunan aman menolak DAP Sabtu lalu boleh dianggap sebagai peringatan kepada mahasiswa universiti itu untuk tidak terpengaruh dengan parti rasis dan cauvinis, DAP.

Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam, Salehuddin Asyraf Mohd Najib, berkata tindakan itu wajar dilakukan.

Salehuddin Asyraf Mohd Najib, Pengerusi Pembina cawangan Shah Alam
“Mana tidaknya, DAP selama ini konsisten menafikan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera.

salehuddin asyraf“Sedangkan mahasiswa UiTM sangat bangga dalam mempertahankan UiTM sebagai universiti yang membela bangsa Melayu.

“Jadi tindakan DAP yang ingin mempengaruhi sebilangan mahasiswa UiTM dengan agenda perjuangan sempit mereka hanya akan menaikkan kemarahan mahasiswa yang setia dan teguh dengan visi dan misi penubuhan UiTM,” katanya kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas demonstrasi yang dipercayai dilakukan mahasiswa UiTM yang menyatakan secara jelas mereka menolak DAP mempengaruhi mahasiswa sempena majlis berbuka puasa DAP di Shah Alam petang Sabtu lalu.

Salehuddin berkata, tujuan mereka berdemo mungkin hanya mahu mengingatkan kepada mahasiswa supaya tidak terpengaruh dengan ‘gula-gula’ yang kerap ditabur oleh DAP selama ini.

“Demonstrasi ini juga sebenarnya sebagai manifestasi mahasiswa UiTM yang jelik dengan tindakan bekas pelajar UiTM, Dyana Sofya yang dahulu memasuki UiTM atas kuota dan keistimewaan bumiputera tetapi menyertai parti tersebut untuk memansuhkan keistimewaan tersebut.

“Justeru, saya ingatkan kepada semua mahasiswa UiTM agar tidak termakan dengan umpan murahan yang dilemparkan oleh DAP kepada anak Melayu demi meneruskan survival parti rasis tersebut,” tegasnya.

Tambah beliau, walaupun PEMBINA menyokong tujuan demonstrasi itu dilakukan, tetapi PEMBINA tidak terlibat dengan sebarang penganjuran seumpama itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana