Macam Macam Ada.....Wanita Halang Bomba Selamatkan Anak Kerana Sayangkan Kereta

SINGAPURA: Seorang wanita di China mendapat kecaman di media sosial selepas dia menghalang usaha pasukan bomba untuk memecahkan tingkap kereta mewahnya bagi menyelamatkan anaknya berusia tiga tahun yang terperangkap di dalamnya.

Media dari China, CCTV melaporkan insiden itu berlaku di bandar Yiwu di wilayah Zhejiang pada Sabtu lalu sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.

Orang ramai berkumpul di tempat kejadian selepas mendengar tangisan kanak-kanak itu yang berada di dalam BMW bagi meminta pertolongan, tetapi tindakan ibunya yang tidak mempedulikan keadaan anaknya itu sambil berdiri di luar kereta mengejutkan banyak pihak.

Keadaan kanak-kanak itu yang cuba membuka tingkap kereta gagal menyebabkan pasukan bomba bertindak untuk memecahkan tingkap tersebut.

Bagaimanapun, tindakan itu dihalang oleh ibu kanak-kanak itu.

Seorang saksi berkata, ibu kanak-kanak tersebut berkeras supaya menunggu tukang kunci untuk datang membuka pintu kereta itu kerana tidak mahu kereta berkenaan dirosakkan.

Bagaimanapun, arahan wanita itu tidak dipedulikan dan pasukan bomba bertindak memecahkan tingkap kereta untuk menyelamatkan anaknya.

"Adalah berbahaya meninggalkan kanak-kanak di dalam kereta terutama ketika cuaca panas," kata seorang anggota bomba yang dipetik sebagai berkata.

"Suhu di dalam kereta boleh meningkat dalam masa yang singkat sehingga mengancam nyawa kanak-kanak."

Tindakan wanita itu mengejutkan pengguna Internet malah ada yang menyindirnya dengan berkata: "Nampaknya, tingkap kereta itu adalah anak lelakinya yang sebenar." The Straits Times/Asia News Network

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana