Macam Macam Adaaaaa....Husam dakwa visi GHB sama dengan Allahyarham Nik Aziz

SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mendapat restu Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, dalam meneruskan agenda Islam sekaligus menggantikan kerajaan sedia ada.

"Saya melihat (Gerakan) Harapan Baru (GHB) sama pegangan dengan saya, juga rasanya sama pegangan dengan guru kita semua - al Marhum Tok Guru Nik Aziz -  meneruskan agenda Islah bernegara dan berkerajaan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib di gantikan secara  total dengan pasukan baru.

"Yang mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB) bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Harapan Baru itu dipengerusikan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurut Husam lagi, gerakan GHB bakal membawa kebaikan ke arah perjuangan yang dibawa sekian lama dan menganggap pihak yang dulunya musuh bertukar menjadi kawan.

Husam seolah-olah memberi gambaran bahawa musuh yang dimaksudkan olehnya itu adalah terdiri daripada DAP dan mahu ahli PAS memberi kerjasama demi masa depan yang lebih baik.

"Sekalipun saya adalah pemimpin kecil PAS, saya melihat keberanian GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu dianggap taghut sudah diharap menjadi kawan.

"Ini adalah satu usaha al 'birri' dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.

"Apa lagi ada pepatah, musuh kepada musuh kita seharusnya menjadi kawan kita, kecuali kita mencari sebab menjadikan mereka musuh kita," katanya yang juga merupakan bekas Exco Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana