Low Yat Kecoh : Ketua Polis Negara Didakwa Berbohong

KUALA LUMPUR 14 Julai - Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz hari ini mendakwa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berbohong mengenai perkara sebenar yang berlaku pada kekecohan di Plaza Low Yat baru-baru ini.

Khairul Azam membidas kenyataan yang dikeluarkan Khalid semasa Ketua Polis Negara itu melakukan lawatan ke Pusat IT terbesar di ibu kota tersebut semalam.

"KPN menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon, ini bohong, selepas bersama anakguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, anak guam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang," katanya yang dipetik melalui laman sosial peribadi beliau.

Khairul Azam yang turut menjadi peguambela remaja-remaja yang dituduh memulakan kekecohan tersebut menjelaskan, kenyataan yang tidak benar terbabit mampu menyebabkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hilang kredibiliti.

Tambahnya, Khalid tidak layak untuk menuduh remaja-remaja terbabit sebagai penjenayah sedangkan mahkamah belum lagi memulakan perbicaraan.

"Nampaknya PDRM semakin hilang kredibiliti apabila KPN bertindak mengelirukan orang awam dengan mengeluarkan kenyataan bohong.

"Mana mungkin polis menangkap, menyiasat dan terus menuduh anakguam kami sebagai penjenayah seperti mana kenyataan KPN semalam kerana mahkamah, hakim dan bukti-bukti belum dikemukakan.

"Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan sebagai bersalah," katanya lagi.

Terdahulu, seorang penganggur yang dikaitkan dengan kekecohan di Plaza Low Yat, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit jenama Lenovo bernilai RM800, tiga hari lalu.

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, didakwa mencuri telefon bimbit milik Techasia Boutique di premis tersebut di Lot UG, K021, Tingkat UG, Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini pada pukul 4.47 petang, 11 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki yang hadir dengan memakai pakaian serba hitam itu dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana