Lim Kit Siang Terpaksa Tampil Selamatkan Tony Pua

Supremo Parti Tindakan Demokratik (DAP)< Lim Kit Siang, terpaksa muncul untuk menyelamatkan bintang mereka Tony Pua dari terus menjadi sasaran politik.

Sejak beberapa hari lalu Tony Pua dan Rafizi Ramli telah gagal menjawab dakwaan mereka bersandarkan laporan Sarawak Report yang telah disunting dan diubah bagi menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

Pendedahan bekas “perunding editorial” Sarawak Report, Lester Melanyi, bahawa beberapa emel dan bukti mengenai PetroSaudi dan 1 Malaysia Development Berhad telah diubah (tampered) menyebabkan banyak pihak mempertikaikan kredebiliti Tony Pua dan Rafizi Ramli.

Keadaan menjadi kritikal apabila Polis Thai mengesahkan dokumen-dokumen yang diterbitkan dalam sebuah blog (dipercayai merujuk kepada Sarawak Report) tidak sama dengan dokumen yang telah dijual oleh Justo kepada kumpulan tertentu di Malaysia dan Britain.

Semalam Kit Siang muncul mempersoalkan mengapa menteri-menteri kabinet tidak berminat mengenai ahli Umno yang didakwa telah bertemu dengan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo tetapi lebih berminat “menyerang” Tony Pua dan Rafizi Ramli.

“Seperti yang dikatakan oleh polis Thailand, Justo telah bertemu dengan kira-kira 10 orang, salah seorang daripada mereka adalah seorang ahli Umno, dalam usaha (Justo ini) untuk menjual data yang dicuri dari PetroSaudi International Ltd (PSI), mengapa Shabery tidak turut mencabar Umno atau BN atas perkara yang sama?, ” kata Lim dalam satu kenyataan semalam.

Kit Siang kelihatan tidak dapat mempertahankan kredebiliti kedua-dua ayam jagoaan Pakatan Rakyat maka terpaksa menukar isu daripada dokumen yang diubah kepada isu politik murahan.

Hari ini Kit Siang muncul lagi mempersoalkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mahukan Annuar Musa meletak jawatan Pengerusi Mara atas isu pembelian hartanah di Australia.

Sebenarnya kenyataan Ahmad Zahid mengenai Justo tempoh hari ialah maklumat pada awal siasatan yang sebenarnya tidak jauh berbeza dengan keadaan hari ini. Apabila Justo ditangkap, polis Thai dan Ahmad Zahid sudah tahu bahawa dokumen dalam Sarawak Report telah diubah dari dokumen asal. Sudah tentu anggapan awal ialah Justo diminta mengubah dokumen terbabit.

Bagaimanapun berdasarkan maklumat terkini ternyata Justo hanya menjual dokumen asal tetapi telah diubah oleh Sarawak Report.

Kita juga berasa aneh mengapa Kit Siang mahukan Annuar Musa meletak jawatan dalam isu pembelian hartanah Mara di Australia sedangkan ia berlaku sebelum beliau menjadi Pengerusi lagi. Bukankan ini menunjukkan Kita Siang terdesak untuk menyelamatkan anak didiknya?

Kit Siang kelihatan bersungguh mengubah senario politik yang kini berkisar kepada skandal Tony Pua dan Rafizi Ramli yang dikatakan menggunakan dokumen-dokumen yang diubah dan dipinda bagi menjatuhkan Najib Razak dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Fakta bahawa dokumen-dokumen dalam Sarawak Report telah dipalsukan dan digunakan oleh Tony Pua dan Rafizi amat memalukan. Bolehkah Kit Siang mempertahankan mereka? Tidak! sebab itu beliau terpaksa cuba alih isu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana