Lim Kit Siang Berbohong....Kematian pengasas AmBank tiada kaitan dengan 1MDB – KPN

KUALA LUMPUR, 8 Julai:
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak dakwaan berhubung laporan mengenai pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi yang didakwa telah membuat laporan polis pada Mac 2013 sebelum meninggal dunia pada Julai tahun yang sama.

Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan polis akan menyiasat bagi mencari dalang yang menyebarkan dakwaan tersebut.

“Kematian pengasas AmBank tiada kaitan dengan isu kontroversi 1MDB dan ini adalah dakwaan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula kes pembunuhan Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.

“Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara,” dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 28 Julai 2013 itu, Hussein maut di tempat kejadian sementara isterinya Chong Mei Kuan, 46, cedera parah apabila mereka ditembak pada jarak dekat di tempat letak kereta kuil Cina di Lorong Ceylon dekat sini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana