Lawak dalam PAS... Setiausaha Agung kena pecat dengan YDP kawasan...Gara Gara GHB

Semua maklum dalam parti jawatan Setiausaha Agung (SUA) adalah yang sibuk susun itu ini melibatkan semua bahagian atau kawasan yang ada ahli parti.
Kiranya jawatan SUA ini cukup berkuasa termasuk menentukan perjalanan parti di peringkat akar umbi.

Al kisah dalam PAS ada sikit lawak.

Setiausaha Agungnya Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dipecat sebagai AJK PAS kawasan Kota Bharu.

Setiausaha Agung PAS yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan sah dipecat sebagai AJK PAS kawasan terbabit.

Takiyuddin terkejut dan hairan terhadap tindakan PAS Kawasan Kota Bharu yang memecat beliau selaku Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS kawasan berkenaan.

Menurutnya beliau sudah dimaklumkan mengenai pemecatan itu namun belum menerima sebarang surat rasmi daripada PAS Kawasan Kota Bharu.

Pemecatan itu dimaklumkan oleh YDP PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang menyatakan ianya berkuatkuasa pada 15 Julai lalu.

Wan Abdul Rahim, yang merupakan orang kuat GHB Kelantan dan bekas MP Kota Bharu, memang diketahui umum tak sebulu dengan PAS pusat.

“Saya mengakui mengambil keputusan memecat Takiyuddin sebagai AJK PAS Kota Bharu, memandangkan beliau sibuk dengan tuntutan tugas terutama selepas memegang jawatan Setiausaha Agung PAS Pusat.

“Pemecatan itu tidak bermakna Takiyuddin tidak boleh menghadiri mesyuarat dan acara yang dianjurkan oleh PAS Kota Bharu, sebaliknya kita akan menjemput beliau setiap kali mesyuarat diadakan pada masa akan datang.

“Selepas ini sama ada beliau mahu hadir pada mesyuarat atau sebaliknya itu terserah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana