Laporan Sarawak Report Tidak Boleh Dipercayai Sama Sekali - PGI

Pengarah Urusan Protection Group International (PGI), Brian Lord

Pengarah Urusan Protection Group International (PGI) Brian Lord menegaskan bahawa maklumat diperolehi oleh Sarawak Report yang mendakwa berlaku salah laku dalam urusniaga antara PetroSaudi International Ltd dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sama sekali tidak boleh dipercayai.

Memetik kenyataannya dari akhbar Malay Mail, Lord berkata bahawa terdapat banyak maklumat yang tidak konsisten berhubung dakwaan tersebut seperti mana diterbitkan menerusi laman web Sarawak Report.

“Apabila seseorang membuat perbandingan dalam sistem dengan maklumat dalam Sarawak Report, ada yang tidak konsisten,” tegasnya.

Lord turut menambah bahawa PetroSaudi telah mengupah firma keselamatan siber itu untuk menyiasat dan menyelidiki sumber awal serta kesahihan maklumat yang telah diterbitkan dalam portal berkenaan.

Merujuk kepada kes seorang warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang ditangkap di Thailand baru-baru ini Lord berkata, seharusnya jika individu yang berkongsi maklumat berkenaan percaya berlaku sebarang aktiviti haram, individu terbabit sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa di Malaysia, Thailand atau Britain.

“Tetapi Justo tidak berbuat demikian. Selepas melalui proses cuba memeras ugut bekas majikan dengan mengancam untuk membocorkan data dan tuntutannya ditolak, Justo masih boleh pergi kepada pihak berkuasa jika ada sebarang salah laku. Tetapi dia memilih Sarawak Report.

“Saya tidak membuat apa-apa komen mengenai rujukan politik Sarawak Report tetapi dia (Justo) memilih laman blog seperti itu. Jadi, sebelum kita bergerak ke forensik, sebarang maklumat yang telah disampaikan kepada orang ramai perlu dijalankan dengan amat berhati-hati,” katanya.

Siasatan PGI turut mendapati Sarawak Report telah menolak beberapa rantaian emel dan beberapa dokumentasi. Walau bagaimanapun, Lord tidak mendedahkan mana-mana kandungan emel dan data yang diterima itu.

Lord yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang keselamatan siber menjelaskan, ketidakselarasan antara kandungan asal laporan itu dengan laporan yang telah diterbitkan menunjukkan ketidaktepatan dan laporan itu memang langsung tidak boleh dipercayai.

Sebelum ini Justo yang merupakan bekas eksekutif PetroSaudi didakwa cuba memeras ugut bekas majikannya itu sebanyak RM10 juta.

Dia akhirnya ditangkap di Thailand bulan lalu selepas emel dan dokumen palsu mengenai 1MDB disiarkan oleh Sarawak Report.

Mengenai penyiasatan yang dijalankan oleh pihaknya, Lord berkata kes itu diketuai oleh dua penganalisis berpengalaman.

“Ini adalah orang-orang yang sangat pakar dalam apa yang mereka lakukan. Mereka telah menyiasat semua jenis kes-kes melibatkan pelbagai latar belakang. Apabila melibatkan kesahihan dan halaju syarikat, mereka mempunyai pengalaman yang sangat luas.

“Tiada sesiapa termasuk pelanggan mempunyai akses ke dalam makmal di mana siasatan dijalankan. Ia adalah kunci agar siasatan tidak dicemari sebarang kesilapan,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana