Lama tak tengok... Husam masih gagal tampil di khalayak awam

Di Dewan Himpunan Cina Kota Baru malam Ahad di Kota Bharu hampir 2000 juga hadir majlis roadshow penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dibarisi pemimpin-pemimpin PAS kalah dalam pemilihan Jun lalu.
Ramai menunggu kelibat Datuk Husam Musa, dia orang 'pangkal' GHB dan sakit sejak dua bulan lalu... majlis di Kelantan sudah pasti hilang seri tanpa Husam.

Tunggu punya tunggu Husam tak datang, yang disambut kehadirannya seperti pemimpin besar adalah bekas Menteri UMNO Datuk Zaid Ibrahim.

Perhimpunan di Kota Baru diketuai Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad manakala Mat Sabu dan Mujahid Yusuf Raya semalam berkempen di Kangar Perlis.

Balik pada cerita Husam... beliau memang tidak kelihatan di khalayak awam sejak awal Mei  dipercayai menderita sakit Bell’s palsy.

Sakit ini kelumpuhan muka akibat disfungsi saraf tengkorak yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka iaitu di sekitar mata dan mulut.

Ia menyebabkan lumpuh sebelah muka sehingga terasa berat di sekitar mata dan mulut.

Berbeza dengan strok, kelumpuhan pada sisi wajah ditandai dengan kesulitan menggerakkan sebagian otot wajah, seperti mata tidak boleh tutup, tidak boleh meniup, dan sejenisnya.

Bagaimanapun, selepas ceramah GHB di Kota Bharu malam Ahad, Husam menghantar kenyataan media seperti selalu yang antara lain mengatakan bahawa GHB selari dengan pegangan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, Nik Aziz sebelum ini berharap agar agenda Islah bernegara dan berkerajaan diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru.

“Pasukan baru itu haruslah mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Sekalipun saya adalah pemimpin kecil PAS, saya melihat telur GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu dianggap taghut (melampaui batas) sudah di harap menjadi kawan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Husam, GHB juga menjadi hasrat teramai rakyat Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan.

“Perubahan itu bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama,” katanya lagi.

Bekas Exco kanan kerajaan Kelantan di era pertadbiran Nik Aziz itu menjelaskan sebab beliau tidak hadir roadshow GHB kerana masalah kesihatan.-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana