Lagi RAFIZI Buat Tuduhan......Naib Ketua Pemuda UMNO nafi terlibat urusan beli hartanah MARA di Australia

Lepas seorang ke seorang jadi sasaran ‘master dedah’ PKR,Rafizi Ramli.Kini nama Naib Ketua Pemuda UMNO,Khairul Azwan Harun pula cuba dikaitkan dengan isu pembelian hartanah pada harga yang lebih oleh MARA di Australia.
Terkejut dengan dakwaan itu,Khairul Azwan menegaskan beliau tidak terlibat langsung dalam urusan belian hartanah 746 Swanston Street di Melbourne itu pada Ogos 2012.

Ketika ditemui wartawan di Kuala Lumpur Isnin beliau kata dakwaan itu adalah fitnah dan desak Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf.

Khairul Azwan kata beliau akan ambil tindakan tindakan undang-undang jika Rafizi tidak berbuat demikian.

Rafizi dakwa beliau merupakan pengerusi Biosis Group Berhad yang bersama-sama Optimus Capital Sdn Bhd ada main peranan dalam pembelian hartanah berkenaan.

Kaitan itu didakwa hanya kerana seorang pengarah eskutif Optimus yang terlibat dalam urusan belian itu juga adalah pengarah bukan eskutif dalam Biosis.

Dari sini nampak seolah andaian dan serkap jarang sahaja nama Khairul dikaitkan.

Mara Inc didakwa isytihar belian hartanah itu pada harga RM 138.6 juta.Namun dakwa Rafizi berdasarkan data dari satu laman web hartanah ia dibeli pada harga RM75 juta.Dakwanya baki RM63 juta lagi yang diluluskan oleh MARA tidak diketahui hilang mana.

Beliau dakwa ada tiga orang termasuk dua dari kalangan pimpinan Pemuda UMNO ada main peranan dari belakang dalam urusan belian itu dan dipercayai mendapat faedah darinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana