Lagi Panas Seperti Tak Sabar Sabar Ni.....GHB bakal didaftarkan 14 September depan

KOTA BHARU: Gerakan Harapan Baru (GHB) akan menjadi sebuah parti politik dengan nama baru dan didaftarkan pada 14 September ini.

Menurut ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, konvensyen pertama GHB bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September depan.

Khalid berkata GHB adalah sebuah gerakan dan pendaftaran nama baru yang kini masih belum dimuktamadkan akan dibuat sebelum pelancaran parti itu September depan.

Penubuhannya bersesuaian dengan tempoh yang diberikan kepada kepimpinan PAS selepas muktamar iaitu 100 hari untuk memperbaiki kelemahan.

Sehingga kini, pemimpin PAS tidak melakukan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan mereka.

Pada majlis perjumpaan dan ceramah jelajah perdana GHB di Kota Bharu malam tadi, beberapa wakil rakyat PAS dan pemimpin DAP serta PKR yang dijadualkan hadir tidak kelihatan.

“Tu kena tanya mereka, tapi bagi saya di kelantan ianya satu suasana yang unik di mana polarisasi PAS dan UMNO sudah begitu tinggi dan apa apa usaha ke arah pembentukan parti baru.

"Ia akan timbul masalah jadi apa yang dilakukan mereka dah nyatakan sokongan pun dah memadai … jelas sokongan itu seperti yang dinyatakan dan yang lain pada awal kata nak hadir dan atas nasihat dan teguran mereka tak hadir," katanya yang dipetik portal Astro Awani.

Mengulas agenda penubuhannya dan wadah perjuangan parti baru itu, Khalid menambah agenda hudud tetap diperjuangkan namun keutamaannya adalah untuk memenangi pilihanraya umum dengan pakatan yang akan diwujudkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana