Konspirasi makin jelas…ini pula pengakuan Xavier Justo di Bangkok

Semakin hari semakin banyak timbul bukti wujudnya satu konspirasi terancang memutar isu 1MDB untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru semalam Rabu terdedah pengakuan menerusi video seorang bekas pengarang Sarawak Report,Lester Melanyi memalsukan maklumat mengenai IMDB,Khamis muncul pula khabar terbaru dari Bangkok mengenai Xavier Andre Justo.

Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd.(PetroSaudi) berusia 49 tahun ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD), Polis Thailand di pulau perangianan terkenal, Koh Samui, pada 22 Jun lepas, selepas PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiataan peras ugut oleh lelaki warga Switzerland itu.

Kisahnya yang panas selepas penahanan itu, agak sepi akhir-akhirnya ini sehingga ia kembali mencuri perhatian Khamis.

Tandatanya mengenainya terjawab bila jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol.Lt.Gen Prawuth Thavornsiri sendiri mengesahkan dia mengakui telah adakan pertemuan dengan seorang pemimpin penting Pakatan pembangkang Malaysia bagi merunding untuk menyerahkan dokumen-dokumen syarikat itu yang berada dalam simpanannya.

Dia juga telah adakan pertemuan dengan seorang pemilik media dari Malaysia.

Kedua-dua pertemuan diadakan di hotel yang sama.

Prawuth bagaimanapun enggan menyebut nama orang berkenaan.

Namun katanya polis Thailand mengetahui identiti individu yang ditemui oleh Justo berdasarkan pengakuannya serta bukti yang dikumpul dan butiran daripada sumber seperti telefon bimbit dan komputer peribadi milik lelaki itu.

Menurutnya, polis Thailand telah mengumpul bukti dokumen lain seperti e-mel dan laporan-laporan daripada pihak imigresen dan hotel.
Beliau menjelaskan rekod imigreen dan hotel dimana pertemuan diadakan yang dikumpul polis Thailand mengesahkan apa yang diakui Justo itu.

Apabila ditanya sama ada Justo menemui pengasas dan editor portal berita Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown, beliau menjawab: "Ada juga seseorang yang dihantar dari Eropah."

Media Malaysia sebelum ini melaporkan bahawa Justo telah mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa pemimpin pembangkang Malaysia dan seorang pemilik kumpulan media di Singapura sebelum dia ditahan oleh polis Thailand.

Bagaimanapum, Prawuth berkata Justo menafikan mengubahsuai atau mengubah dokumen-dokumen asal.

"Dia (Justo) tidak mengubah. Dia memberi dokumen-dokumen asal dalam bentuk fail elektronik," katanya ketika ditanya sama ada Justo mengakui telah mengubahsuai dokumen-dokumen itu.

Apapun ,katanya Justo tekah mengakui dia memeras ugut bekas majikannya Petro Saudi dan akan didakwa dibawah undnag-undang Thailand kerana peras ugut.

Katanya kes Justo sudah hampir siap dan mereka tidak akan mengambil masa lebih daripada sebulan lagi kerana lelaki itu sudah mengakui telah memeras ugut PertroSaudi.

Polis Thailand tidak mempunyai rancangan untuk menemu bual saksi-saksi lain kerana sudah mempunyai bukti yang cukup pada masa ini, katanya.

Bagaimanapun, Prawuth tidak pasti bila Justo akan didakwa di mahkamah tetapi ia perlu dilakukan dalam tempoh 84 hari dari tarikh tangkapan pada 22 Jun lepas.

Katanya Justo tidak akan diekstradisi kerana kesalahan itu dilakukan di Thailand.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana