Konspirasi jatuhkan PM...Kata KPN....Ini Kes Berat Ni

Polis tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan jenayah ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata peguam negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga menerima laporan polis yang berkaitan dengan hal ini. Justeru, kami berkewajipan menjalankan siasatan penuh dan bebas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ini termasuk menyiasat kesemua anggota Pasukan Tindakan Khas, merangkumi kakitangan Bank Negara, bagi menegakkan integriti siasatan dan kepercayaan dalam sistem kewangan Malaysia,” katanya.

“Kebocoran maklumat, sama ada maklumat itu dipalsukan atau sebaliknya, boleh menyebabkan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Seksyen 133, 248, 249 dan 250), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Seksyen 145), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 3, 4, 7A, 7B, 8, 11 dan 14), Kanun Keseksaan melibatkan seksyen di bawah Bab XL untuk keterangan palsu dan direka-reka serta jenayah fitnah pada Seksyen 499 hingga 502.

“…dan ia boleh menjadi sabotaj ekonomi terhadap Malaysia. Sesiapa yang didapati bersalah membocorkan atau memalsukan dokumen berkenaan akan berhadapan dengan kuasa penuh undang-undang,” katanya.

Khalid berkata, tujuan siasatan polis itu adalah untuk mengenal pasti mereka yang membocorkan bahan itu, dan menentukan sama ada dokumen itu asli atau dipalsukan, seperti dalam kes Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) yang disiasat pihak berkuasa Thailand mengenai dakwaan peras ugut dan pemerasan.

Polis Thai dilaporkan menahan Justo pada 24 Jun lepas kerana didakwa cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi, yang telah menarik perhatian Malaysia kerana dikaitkan dengan 1MDB.

BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana