Konspirasi guling PM: MP desak tindakan pantas pihak berkuasa

Dakwaan wujudnya konspirasi bagi melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai sesuatu yang serius dan berbahaya.
Sehubungan itu, kata Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa juga yang terlibat dalam perkara tersebut.

“Amat jelas bahawa mana-mana pihak dalam negara ini sebenarnya melanggar undang-undang apabila terlibat sama ada merancang atau ingin menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi dalam negara ini.

“Jadi apabila menyalahi un­dang-undang, maka pihak berkuasa mesti bertindak segera selaras dengan undang-undang yang ada,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi tersebut dan menegaskan, perbuatan jenayah itu sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar meminta pihak yang terlibat mesti dikenakan tindakan segera supaya amalan demokrasi dalam negara ini tidak rosak dan pada masa sama dapat menjamin keluhuran undang-undang negara.

Jelasnya, perkara ini serius dan berat kerana kenyataan sedemikian keluar daripada individu penting dalam soal keselamatan negara.

“Apabila pihak polis sendiri mengeluarkan kenyataan yang tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, terutama melalui perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing, ini amat serius dan perbuatan jenayah yang sangat berbahaya,” katanya.

Menurutnya, ini bukan soal kerajaan Barisan Nasional (BN) bimbang kehilangan kuasa tetapi keselamatan kerana perbuatan tersebut boleh membawa implikasi buruk terhadap negara.

Beliau bimbang perkara itu boleh menjerumuskan negara ini menjadi rosak seperti Mesir, Libya dan sebagainya.

“Walaupun saya yakin dengan kewibawaan Pasukan Tindakan Khas yang dibentuk, sebarang kemungkinan boleh berlaku terutama oleh kakitangan kerajaan yang tidak sealiran dengan kerajaan BN,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana