Komen Zahid sejurus dilantik TPM... dan reaksi Shafie Afdal

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur dan menjunjung kasih kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim kerana memperkenan pelantikan atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mengambil tanggungjawab ini dengan ucapan terima kasih di atas kepercayaan dberikan oleh Perdana Menteri kepadanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau tahu ini (pelantikan) bukan satu habuan sebaliknya satu tanggungjawab yang harus diterjemah untuk negara, orang Melayu dan seluruh bangsa di Malaysia.

"Tentunya saya dapat memahami keputusan dibuat Perdana Menteri adalah keputusan yang berat namun, saya fikir ia dibuat atas dasar kebersamaan yang wujud antara saya dan beliau selama ini," katanya yang ditemui selepas sidang media khas PM di Putrajaya.

Katanya, beliau menerima pelantikan ini sebagai qada dan qadar dan beliau mohon rakan dalam kabinet dan ahli majlis tertinggi UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional dapat beri sokongan kepada Najib dan beliau.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan bahawa adalah menjadi hak untuk Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan, termasuk menggugurkan dirinya dalam senarai Kabinet baharu.

Shafie yang sebelum ini menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata ia sememangnya menjadi hak Perdana Menteri jika pandangan yang dilontarkan beliau sebelum ini dianggap tidak selari dengan pendirian Najib. "

Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan UMNO dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan sepatutnya," katanya.

Sejak memegang jawatan Kabinet, beliau menjelaskan telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar. "Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi," katanya.

Shafie antara lima Menteri Kabinet yang digugurkan dalam senarai portfolio baru Kabinet yang diumum Najib hari ini, selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri G Palanivel; Datuk Seri Hassan Malek serta Datuk Dr Ewon Ebin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana