Komen PM terhadap dakwaan Anwar sakit dalam penjara....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang Selasa memberitahu beliau ambil maklum kesihatan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara lima tahun atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya pada tahun 2008.
Menurut facebooknya, Najib berkata beliau mahu pihak berkenaan mempastikan Anwar terima rawatan sewajarnya.

Sebelum ini keluarga Anwar pernah mendakwa beliau sakit dan cuba melakukan tekanan politik kepada kerajaan, bagaimanapun Anwar yang dirawat beberapa hari di Hospital Besar Kuala Lumpur didapati tidak mengalami sebarang penyakit seperti yang didakwa keluarga dan peguamnya.

Pagi Selasa, salah seorang peguamnya R. Sivarasa mahu Anwar ditahan di bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan.

Beliau Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang diperlukan.

Bekas Ketua Pembangkang itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.

Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada kemudahan untuk ujian atau rawatan kepada keadaannya itu.

"Anwar yang ditahan dalam kurungan sel kosong yang terdedah, bersama baldi untuk mandi, tandas cangkung, dan dalam keadaan yang panas dan lembap dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah kesihatannya," kata Sivarasa dalam satu kenyataan media.

Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana