KKMM Nafi Akan Tutup Laman Sosial - Ahmad Shabery

KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan dakwaan bahawa kerajaan akan menyekat beberapa laman sosial di negara ini. 

Dakwaan itu dibuat menerusi penyebaran kenyataan oleh sesetengah pihak tidakbertanggungjawab bagi menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kepada seluruhkalangan rakyat negara ini. 

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan individu yang menyebarkan dakwaan tersebut tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap negara. 

"Itu tidak benar sama sekali. Saya percaya ada pihak yang cuba kaut keuntungan dengan sebarkan berita-berita sensasi sebegini yang kononnya kerajaan akan menutup laman-laman media sosial di negara ini. 

"Dulunya kita pernah mengkaji apabila orang mencadangkan, tetapi saya katakan ia tidak wajar kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dengan (orang ramai) boleh menyatakan kewajaran dan pandangan. 

"Akan tetapi dalam masa yang sama, ia mestilah tidak mencetuskan huru-hara dan jangan timbulkan kebimbangan dan keresahan orang ramai.  

"Jangan bimbang bahawa Facebook, Twitter dan laman-laman sosial lain takkan ditutup. Jangan percaya dengan sebaran itu sama sekali," katanya kepada pemberita selepas program penyerahan bubur lambuk bersempena Program Eksplorasi Sehati Sejiwa 2015 di Hadapan Pasaraya Centre Point Kemaman di sini hari ini.

Sebelum ini, heboh diperkatakan di dalam media sosial bahawa kerajaan akan menyekat semua jenis laman sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram dan lain-lain berkuatkuasa 1 Ogos.

Beliau berkata: "Tindakan akan kita buat (kepada penyebar) sekiranya melanggar undang-undang. 

"Jangan perlekehkan peraturan kerana undang-undang adalah menjaga keamanan. Misalnya lagu Negaraku yang diubahsuai, orang ramai tidak patut sokong dan 'share' kan perkara itu," katanya. 

Dalam majlis tersebut, sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk diagihkan oleh Pejabat Parlimen Kemaman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada penduduk sekitar kawasan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana