KITA TENGOK APA RAFIZI NAK BELIT PULAK SELEPAS INI....

Ringgit naik selepas Fitch tingkatkan prospek Malaysia

SINGAPURA: Ringgit naik hari ini selepas Fitch Ratings naikkan prospek Malaysia kepada stabil daripada negatif dan mengekalkan penarafan Malaysia.

Pengumuman itu menamatkan kebimbangan sebelum ini Fitch mungkin menurunkan penarafan berikutan beberapa isu termasuk hutang syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Ringgit naik 1.1 peratus kepada 3.7330 berbanding dolar AS, paras terbaik sejak 23 Jun.

Agensi penarafan antarabangsa itu meningkatkan prospek Malaysia kepada 'stabil' daripada daripada 'negatif' berikutan kedudukan fiskal negara yang semakin baik, pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan, defisit yang dijangka terus menurun serta nisbah kecairan luar masih melebihi garis penengah dan dijangka meningkat dalam tempoh kajian.

Dalam kenyataannya awal pagi tadi, Fitch Rating bagaimanapun mengekalkan penarafan kegagalan penerbitan (IDR) mata wang asing dan mata wang tempatan jangka panjang masing-masing pada A- dan A. Hingga kini tahun ini, ringgit adalah mata wang kedua dengan prestasi terendah di Asia, sebahagian besarnya disandarkan kepada kebimbangan kemungkinan penurunan penarafan.

Dalam pada itu, berbanding mata wang utama lain pada awal dagangan hari ini, ringgit juga diniagakan tinggi. Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.7720/7775 daripada 2.8028/8061 pada penutupan semalam dan mengukuh berbanding yen kepada 3.0454/0507 daripada 3.0889/0921 pada penutupan semalam. Mata wang tempatan juga naik berbanding pound sterling kepada 5.8589/8690 daripada 5.9286/9348 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.1567/1634 daripada 4.2076/2114.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana