Khalid Sudah Pandai Kritik Partinya.....Trend eksklusif dalam PAS menjejaskan parti

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad memberi amaran parti Islam itu akan menjadi teokratik dan autokratik jika ia terus menjadi eksklusif dengan merekrut ahli daripada kalangan graduan pengajian agama sahaja.

Dalam post blog terbarunya, pemimpin yang dilonggokkan dalam kumpulan profesional PAS itu mengingatkan trend eksklusif yang menolak ahli bukan ulama itu akan memberi kesan buruk kepada parti berkenaan, lapor Malaysiakini.

Katanya, ini berlawanan dengan ajaran dan sikap yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menekankan kerjasama rapat ulama serta profesional dalam parti.

Khalid berkata, sikap eksklusif itu akan menyebabkan masyarakat menjauhkan diri daripada PAS.

Akibatnya, PAS akan gagal dalam tanggung jawabnya sebagai sebuah parti politik yang sepatutnya bersikap terbuka serta adil terhadap semua pihak, tambahnya.

“Ini bukan apa yang disaran oleh Islam ataupun parti,” katanya sambil menambah PAS patut menerima ahli tanpa mengira latar belakang pendidikan agama mereka.

Khalid berkata, kerjasama di antara puak profesional dan ulama berhenti selepas 2008 dan ia diganti oleh sentiment pro-ulama atau anti-ulama.

Katanya, ini bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan puak ulama dalam parti serta meraih jawatan tetapi amalan ini sebenarnya memberi kesan buruk kerana mereka dilihat menggunakan pengetahuan agama untuk memperoleh jawatan.

Ahad lalu, seorang bekas pemimpin PAS berkata kepimpinan parti kini tidak mencerminkan sebuah parti politik sebenarnya dan kadang kala ia memalukan agama.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata, keadaan ini disebabkan oleh tingkah laku pemimpin parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana