Kesatuan kecewa penguatkuasa dituduh lindung peniaga Low Yat...Padan Muka...

IPOH: Kesatuan Pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu di laman sosial kononnya pegawai penguatkuasa kementerian itu menerima rasuah untuk melindungi kesalahan peniaga di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Presidennya, Rus Bakarurraini Shahfie, berkata tuduhan yang dilemparkan itu tidak adil bagi pegawai penguatkuasa kerana ia mencalarkan imej pegawai serta kementerian. "Pegawai telah menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya dan adil. Tuduhan sedemikian bukan sahaja merosakkan nama pegawai penguatkuasa malah kementerian itu sendiri," katanya kepada pemberita hari ini.

Sehubungan itu, kesatuan akan membuat laporan polis dalam tempoh seminggu sekiranya individu terbabit tidak mengemukakan bukti berhubung perkara itu. "Daripada membuat tuduhan liar, mereka perlu memberikan bukti bahawa pegawai kami telah menerima rasuah itu," katanya. Beliau berkata, sekiranya pegawai melakukan penyelewengan pihaknya tidak teragak-agak untuk melaporkannya kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau bahagian integriti di KPDNKK. "Kita tidak nafikan ada pegawai menyalahgunakan kuasa dan sebagainya dan ada pegawai yang telah diambil tindakan tetapi kita tidak akan bersekongkol dengan mereka (pegawai) yang bersalah ini," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana