Kenyataan Muhyiddin Belakangi Presiden UMNO - Bahtiar Adnan

KUALA LUMPUR 27 Julai - Naib Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Bahtiar Adnan menyifatkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih mengutamakan orang lain berbanding Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Bahtiar mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Muhyiddin semasa ucapan ketika majlis penutup Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras berhubung isu 1MDB.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat Muhyiddin tersebut bakal menimbulkan persepsi buruk terhadap rakyat khususnya ahli UMNO sendiri tentang bagaimana hubungan beliau dengan Najib.

"Apa sebenarnya yang hendak disampaikan Muhyiddin kepada rakyat dan ahli-ahli UMNO? Saya tidak berapa setujulah jika Muhyiddin mengutamakan orang lain daripada ketuanya sendiri.

"Soal menghormati Mahathir itu soal lain kerana saya juga sentiasa menghormati beliau selaku bekas Perdana Menteri tetapi kenapa Muhyiddin tidak menegur Mahathir sendiri daripada bercakap perkara yang membuat seluruh negara mentertawakan UMNO?

"Akibatnya, media akan mensensasikan kata-kata Muhyiddin dari semua sudut sehinggalah hubungan Najib dan Muhyiddin menjadi semakin buruk di mata rakyat," katanya yang dipetik melalui portal Malaysia Gazette.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya turut menanggap kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri itu mampu mengucar-kacirkan ahli-ahli UMNO.

Katanya, Muhyiddin telah tersilap dalam membuat kenyataan yang mengaitkan isu kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana