Kenyataan media Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)



1. ASWAJA menyambut baik langkah kerajaan yang bertegas dengan kenyataan fitnah WSJ berhubung dakwaan mereka yang mengaitkan penyaluran wang terhadap pemimpin nombor satu negara kita.

2. ASWAJA juga menyokong langkah Perdana Menteri yang bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ demi membersihkan imej PM dan integriti kepemimpinan negara.

3. Sehubungan dengan itu dalam tempoh ini semua pihak perlu bertenang dan memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap dakwaan itu. Jangan mudah terpengaruh dengan sebarang propaganda yang dimainkan oleh pihak yang  ingin meruntuhkan kedaulatan negara kita. Kita perlu bersatu dan berdiri teguh dengan kepimpinan sedia ada demi survival Islam dan kepentingan negara.

4. Kita harus sedar bahawa WSJ adalah salah satu alat kuasa besar barat untuk menjatuhkan seseorang pemimpin yg tegas demi mencapai matlamat jahat mereka. Kita perlu melihat sejarah bagaimana beberapa pemimpin Islam difitnah oleh WSJ apabila pemimpin berkenaan tidak sealiran dgan aspirasi barat.

5. Sewajarnya sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam kita perlu berwaspada dalam menerima sebarang maklumat. Jangan sesekali kita mendengar dan menerima sepenuhnya apa yang dikhabarkan oleh orang fasiq. Apatah lagi bahan berita berkenaan datangnya dari kumpulan Yahudi licik yang sememangnya diisytihar oleh Allah sbg musuh kpd Islam.

6. Justeru, semua pihak dinasihatkan bertenang, bersabar dan memberi ruang dan peluang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya. Janganlah sesekali kita mengambil tindakan terburu-buru yang akhirnya akan merugikan agama, bangsa dan negara.

Bersempena dengan 10 terakhir Ramadhan ini marilah kita perbanyakkan istighfar,membaca al-Quran,  solat,  selawat dan berdoa agar Allah mengurniakan hidayah kepada kita semua. Sekaligus mengeluarkan kita dari kemelut fitnah dunia yg mencengkam ini.

Sekian terima kasih.
Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden ASWAJA
10 Julai 2015

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana