Kenapa Nak Babitkan Yang Sudah Arwah...."Tak mungkin Nik Aziz merestui GHB," kata Khairuddin

SHAH ALAM: PAS menafikan dakwaan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa agenda Islam diterajui oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mendapat restu Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan sekiranya Nik Aziz masih hidup sekalipun, pemimpin itu tidak akan menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan parti Islam berkenaan.

"Dia (Husam) berhujah dengan orang yang sudah mati.

"Nik Aziz tidak akan redha - sekalipun beliau hidup - jika sesiapa nak keluar dari PAS. Beliau yang membina PAS ketika mana ramai pimpinan PAS pernah keluar parti suatu ketika dahulu. Beliau sahaja yang bertahan. Mana mungkin Nik Aziz akan merestui mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Terdahulu, Husam mendakwa GHB akan mendapat restu Nik Aziz dalam meneruskan agenda Islam dan menggantikan kerajaan sedia ada.

Senada dengan pimpinan progresif PAS yang lain, Husam berkata gerakan GHB akan membawa kebaikan ke arah perjuangan yang dibawa sekian lama dan menganggap pihak yang dulunya sebagai musuh sebagai kawan.

Beliau seolah-olah memberi gambaran musuh itu terdiri daripada DAP dan mahu ahli-ahli PAS bekerjasama demi masa depan yang lebih baik.

Khairuddin sekali lagi membidas usaha pimpinan progresif PAS itu.

"GHB jelasnya menarik ahli-ahli PAS bererti mereka mahu memecahbelahkan PAS. (Mungkin) Betul GHB ada perancangan yang hebat, namun sepatutnya mereka menarik ahli-ahli Umno untuk menyertai GHB, bukan ahli-ahli PAS," katanya.

Malah ketika diminta memberikan reaksi terhadap kehadiran 1,000 orang ke ceramah GHB di Perlis malam yang menyaksikan ucapan beberapa pimpinannya termasuk Mohamad Sabu, Khairuddin berkata itu bukan 'petanda kukuh' kehebatan gerakan berkenaan.

"Kehadiran ramai di ceramah bukan ukuran kehebatan. Jika kita lihat Mat Sabu berceramah memang hebat, namun beliau kalah dalam pilihan raya di Kuala Terengganu," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu ketika ucapannya menyatakan bagaimana PAS memainkan peranan penting membawa Islam ke persada politik arus perdana sejak ditubuhkan pada 1951.

Selain itu beliau turut merujuk kepada situasi Muktamar PAS Pusat kali ke-61 baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP, yang menurut Mat Sabu ahli-ahli PAS perlu bekerjasama dengan parti-parti lain agar tidak mewujudkan keadaan 'serba mungkin'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana